2 February 2014

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH1435H/2014M - WASATIYAH TUNGGAK KESATUAN UMMAH















Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah bagi tahun 1435H/2014M telah diadakan pada 24 Jamuari 2014. Majlis memperingati hari kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada 12 Rabiul Awwal ini merupakan salah satu aktiviti penting dalam kalender Islam. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bersama Panitia Pendidikan Islam dan Unit HEM sepanjang hari tersebut.
Bagi sesi pagi, majlis dimulakan dengan perarakan Maulidurrasul yang disertai oleh semua pentadbir, guru & murid-murid. Selawat mengiringi perarakan yang dibuat mengelilingi Kampung Sementa dengan bantuan 5 orang anggota polis dari Balai Polis Sg. Kapar Indah mengawal laluan trafik.
Sebaik tiba di sekolah, murid-murid disajikan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Nasyid sekolah dan ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Razila Bt Kasmin. Majlis berakhir pada pukul 11.50 pagi. 
Nabi Muhammad merupakan idola & role model terbaik bagi ummat Islam,Unit HEM menyeru kepada semua warga SK Sementa beragama Islam agar mencontohi keperibadian baginda dalam urusan seharian 

No comments:

Post a Comment