9 April 2014

JEREBU - SK SEMENTA DITUTUP 1 HARI




SK Sementa & semua sekolah di daerah Klang diarahkan ditutup pada 14 Mac 2014 (Jumaat). Arahan penutupan sekolah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Dato' Hj Mahmud B Karim berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri Hj Muhyiddin B Yassin serta surat arahan KPM tahun 2013. Ini disebabkan jerebu yang melanda sebahagian besar pantai barat semenanjung Malaysia semakin teruk dan berada diparas bahaya di seluruh daerah Klang mengikut IPU yang dikeluarkan oleh Jabatan Metadeologi Malaysia. IPU pada minggu tersebut naik secara mendadak daripada paras sederhana ( kurang 100) hingga bahaya (326) akibat cuaca panas melampau & pembakaran terbuka.
Pihak sekolah membuat langkah segera dengan memaklumkan kepada semua guru, AJK PIBG, menyebarkan luas melalui masjid dan surau-surau, kejiranan dan Facebook rasmi sekolah berkaitan cuti tersebut.Unit HEM mengambil inisiatif untuk membuat memo di pintu pagar sekolah serta hadir awal pagi Jumaat demi memastikan murid yang tidak mendapat maklumat supaya tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Pejabat dan kakitangan sekolah adalah dibuka dan bekerja seperti biasa.
Ini merupakan kejadian kali ke-2 sekolah diarah tutup. Kejadian pertama sekolah diarah tutup 3 hari pada tahun 2013 juga disebabkan jerebu. Dimaklumkan bahawa cuti ini akan digantikan pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak JPS.
Unit HEM menasihatkan murid & ibu bapa supaya menjaga kesihatan & banyakkan minum air suam bagi mengelak daripada sakit. Unit HEM juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menyebarluas maklumat yang disampaikan.

No comments:

Post a Comment