9 April 2014

PEMERIKSAAN PAM AIR KALI KE-2 OLEH JKR

Pihak JKR (Mekanikal) Selangor telah sekali lagi hadir ke SK Sementa untuk membuat pemeriksaan terhadap pam air sekolah pada 13 Mac 2014. 2 orang kakitangan telah hadir melakukan pemeriksaan & siasatan ke atas pam air rosak  yang dilaporkan oleh pihak sekolah.
Hasil siasatan awal mendapati 1 unit relay penal kawalan dan 1 unit pelampung rosak. Selain itu, ketiadaan air yang selalu dialami di tandas blok C kemungkinan berpunca daripada kegagalan pam air mengepam secara serentak ke dua arah, iaitu arah blok C & blok lain. Apabila aliran air terbahagi 2, kanan & kiri, air banyak mengalir ke arah kiri pada masa sama sangat kurang ke arah kanan. Masalah ini mungkin boleh di atasi sementara dengan menukar sistem pam daripada automatik kepada manual. Pihak JKR juga dimaklumkan bahawa sistem aliran air di seluruh SK Sementa telah lama serta uzur dan terlalu banyak sambungan.
Pihak JKR akan mengeluarkan laporan lengkap serta pelan kepada pihak sekolah & PPD dalam masa terdekat.
Harapan kami agar semua pihak bersabar dan memahami masalah yang sedang dihadapi pihak sekolah. Ibu bapa serta masyarakat setempat dialu-alukan sekiranya yang mempunyai idea & boleh menyumbang sesuatu dalam menangani masalah ini.

No comments:

Post a Comment