15 February 2013

PEMANTAUAN NAZIR : GOTONG ROYONG MEMBERSIH & MENCERIAKAN BILIK BILIK KHAS







Pada Hari Sabtu yang lalu (9 Feb 2013) telah diadakan gotong royong bersempena menyambut kehadiran Pasukan Nazir KPM pada 18-22 Feb. Gotong royong tersebut telah dirancang & dihadiri oleh beberapa orang guru SK Sementa. Antara guru yang hadir ialah Pn Razila, Pn Roslina, Pn Murni (KANTIN), Pn Nurhidayah, Pn Siti Azizah, Pn Nurizan & Pn Zuraini Kusrin (BILIK GURU), Pn Haslinda & Pn Suryani (Bilik Muzik), Pn Zuraini Awang (KH) & En Ibni (Stor PJ). 
Kredit & tabik untuk cikgu!!! Pihak pentadbir sekolah mengalu-alukan cikgu-cikgu yang mempunyai kesungguhan & minat membangunkan sekolah. Moga menjadi inspirasi & motivasi kepada guru-guru yang lain.....bak kata pepatah...ringan sama dijinjing berat sama dipikul.....

TAKLIMAT GURU : PEMANTAUAN PIHAK NAZIR KPM PADA 18-22 FEB




Taklimat ringkas berkaitan pemantauan nazir ke SK Sementa telah diadakan pada 7 Feb 2013. Semua guru dimaklumkan bahawa pihak nazir akan memantau pada 18-22 Feb (5 hari). Skop Pemantauan merangkumi bidang kurikulum, HEM & Ko Kukurikulum. P d P adalah perkara utama yang dipantau selain fail-fail dan persekitaran sekolah. Positifnya kehadiran Nazir dapat membantu pihak sekolah & guru memperbaiki & mengurus atur sistem fail, persekolahan dengan lebih baik.....

9 February 2013

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah bagi 1433 Hijrah








Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringakat Sekolah telah diadakan pada 25 Januari 2013. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menarik minat murid menghayati & menjiwai Hari Kelahiran Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW. Majlis Dimulakan dengan penghakiman pertandingan melukis sepandok. Semua kelas tahun 5 & 6 terlibat dengan tema "Wasatiayah Tunggak Kesatuan Ummah". Majlis diserikan dengan persembahan Nasyid SK Sementa & Ucapan Pn Hjh Radiah (PK1). Seterusnya penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan-pertandingan sempena Maulidurrasul 1434H.  Kemuncaknya ialah murid & guru bersama-sama berarak skeliling kampung membawa sepandok sambil berselawat beramai-ramai.
Terima Kasih kepada semua warga SK Sementa yang terlibat, moga majlis ini dapat mendekatkan kita dengan Rasul disamping mengeratkan hubungan sesama manusia....InsyaAllah...

7 February 2013

Mesyuarat Agong BAKES 2013




Ucapan tahniah kepada JK BAKES yang berjaya mengadakan mesyuarat Agong bagi tahun 2013 pada 19 Jan yang lalu. Majlis dimulakan dengan ucapan Aluan Pengerusi BAKES, En Mohd Ibni B Rusdam & Penasihat, Pn Nur'Aini Bt Abd Aziz. Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti & laporan penyata kewangan tahun 2012. 
Seterusnya majlis dibuka untuk sesi perbincangan usul. Agak hangat juga ya....walaubagaimanapun guru-guru masih dapat mengawal emosi & menjaga tatasusila profesion perguruan. Alhamdulillah akhirnya majlis berakhir & masa untuk makan.....menunya sangat marvelous....
Harapan kami, pihak pentadbir agar JK BAKES meneruskan aktiviti yang telah dirancang dengan baik.....sebagai ahli pula, berilah sokongan yang tidak berbelah bagi kepada satu-satunya kelab guru yang menjaga kebajikan guru & staf di SK Sementa...InsyaAllah semuanya untuk KITA! hoooooooray....dah boring la ni..... 

LADAP 2013 : SIRI 1- Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM bersama Tn Hj Azhar Kassim (Kaunselor Pentadbiran PPD KLANG)





Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) siri 1 telah berlangsung pada 19 Jan 2013. Tajuk LADAP pada kali ini ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Taklimat PPPM telah disampaikan oleh Tn Hj Azhar Kassim, Kaunselor PPD Klang. PPPM merupakan produk terbaru KPM yang terkandung 3 Gelombang & 11 anjakan. Kaedah penyampaian diolah dengan baik dengan bantuan Paparan Powerpoint diselang seli dengan gurauan & pemberian hadiah kepada guru yang dapat menjawab soalan beliau. Begitulah agaknya gaya seorang kaunselor 'handle' audien. Diharap guru-guru dapat menfaat dari LADAP tersebut.

6 February 2013

Majlis Penyerahan Watikah Pengawas 2013
















Majlis Penyerahan Watikah Pengawas telah disempurnakan pada tanggal 14.01.2012. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Seranta PDRM, Insp. Effa & Koperal Ibrahim. Seramai 81 orang pengawas sesi pagi & 52 pengawas sesi petang terlibat. Majlis dimulakan dengan ceramah kepimpinan & disiplin oleh koperal Ibrahim.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Watikah serta pemakaian Vest pengawas oleh Insp. Effa, didahului oleh ketua & penolong ketua pengawas. Seterusnya ketua pengawas mengetuai bacaan ikrar pengawas. Gimik penyerahan alat pembenteras maslah disiplin disampaikan oleh PK Pentadbiran, Pn Hjh Radiah yang mewakili Guru Besar kepada Guru Disiplin, En Harmizi. Majlis berakhir dengan sesi fotografi bersama pihak Polis. 
Terima Kasih kepada pihak pentadbir & JK yang terlibat yang diketuai guru Pengawas, Pn Noor Hayati Bt Rawi. Harapan Unit HEM agar Pengawas dapat menjalankan amanah dengan dedikasi & bertanggungjawab.....InsyaAllah

Program Transisi Tahun 1 & Majlis Penutup









Program Transisi Tahun 1 telah diadakan bermula hari pertama sesi persekolahan, 2 hingga 11 Januari. Program ini bertujuan membantu murid mengahadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan formal bermula tahun 1. Selain itu program ini dapat membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, rakan & guru. Akhirnya timbul minat murid untuk hadir ke sekolah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi tujuan tersebut antaranya sukaneka, memperkenalkan murid dengan lokasi utama sekolah seperti kantin, tandas dan sebagainya. Majlis penutup Program Transisi telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Pn Nur'Aini Bt Abd Aziz. Terima Kasih kepada JK yang terlibat diketuai Pn Hafizan serta guru-guru Tahun 1. Moga segala apa yang diusahakan membantu anak didik kita mengharungi cabaran bersekolah di SK Sementa. TERIMA KASIH CIKGU!!!






MESYUARAT PK HEM (SR) KALI 1 DAERAH KLANG DI SJKC TSING NIEN






Mesyuarat telah diadakan di SJKC Tsing Nien, Pelabuhan Klang pada 9 Jan 2013. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua PK HEM (SR) daerah Klang. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai PPD, Pn Hjh Adliyah Bt Ramli. Intipati ucapannya ialah mengingatkan PK HEM agar memberikan khidmat terbaik untuk murid & sekolah serta menjiwai tugasan yang diamanahkan. Diikuti oleh ucapan Penolong Pegawai PPD (Kemanusiaan), En Badrulhisaham B. Mokhtar yang mengingatkan PK HEM tentang 'produk' terkini KPM, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 3P1M. Majlis dipengerusikan oleh Tn Hj Azhar B Kassim (Kaunselor Pentadbiran), serta dibantu oleh Ustaz Tukipan Zahlan (Penyelia HEM-Kesihatan & Kebajikan) & En Azhar Mohamed (Penyelia Disiplin). Majlis tamat jam 2.30 petang.

TAKLIMAT APDM KALI 1 2013


Unit HEM telah menerima 1 tugasan baru, mengurus sistem APDM. Merupakan Pengakalan Data Murid. sebelum ini APDM diurus Unit Kurikulum. En Adid (Guru Data merangkap JU APDM daerah) telah diamanahkan untuk menguruskan APDM dengan bantuan semua guru kelas. Taklimat diadakan pada 8 Jan 2013 bertujuan mengemaskini data murid bagi tahun 2013 seperti yang dikehendakki oleh pihak KPM. Alhamdulillah semua guru dapat menyelesaikan tugas sebelum tarikh yang ditetapkan, SYABAS & terima kasih daun keladi.....lepas ni jangan lupa untuk update data-data murid.