19 April 2013

Cuti-cuti Malaysia....Visit PERAK 2013 Part 2






Maka bermula cuti sekolah....Asyik bercerita tentang aktiviti sekolah sahaja....kali ini admin nak berkongsi pengalaman admin & family ke negeri Perak.....
Percutian ke Lumut, menginap di apartment Swiss Court Holiday Damai Laut. Mana dapat? Baucer penginapan percuma 3 hari 2 malam...perjalanan bermula dari Bkt Kapar pukul 11.00pg ikut laluan kampung disepanjang jalan kuala selangor-teluk intan...singgah makan tengahari di Bandar Sabak Bernam. Perjalanan diteruskan melalui bandar Bagan Datok terus ke Lumut.....laluan masuk ke Damai Laut dari jalan utama lebih kurang 7km...walaupun agak jauh, tapi laluannya selesa baru diturap tp banyak bonggol. 
Sampai pun di Swiss Court...check in la, apa lagi Adam nampak swimming pool dah tak sabar nak mandi...boleh kira comple juga la...penginapan? ada pelbagai jenis...hotel, villa & apartmen. kami menginap di apartment 1 bilik....mumy kata biliknya besar, ada refrigerator, dapur, air cond...tapi tv bukan LCD...eleh bilik free...hehehe yang penting...adam nak mandi
Layan adam mandi...main belasah je, peramah sangat..ajak kawan-kawan main bola dengan dia...kalau menginap di hotel lagi happening, swimming pool lagi dasyat, pantainya pun cantik.




Malam jalan-jalan kat aeon Manjung. baru lagi ni. Makan-makan, cuci mata & layan adam main  game...banyak duit daddy habis...
Esoknya jalan-jalan di jeti lumut nak beli ole-ole & snap beberapa gambar untuk kenangan



17 April 2013

Aktiviti Amalan Guru Penyayang : Happy Birthday Nurbalqis


Happy Birthday to Nur Balqis...Sambutan hari jadi Adik Nur Balqis yang ke 11 telah diadakan pada 22 Mac 2013. Nur Balqis adalah murid kesayangan Guru kelas 5 Maju, Cik Shoba. Nur Balqis telah diraikan bersama beberapa orang guru & rakan-rakan di kelasnya.
Antara guru yang hadir  pada majlis tersebut ialah PK HEM, Cikgu Khadijah & Cikgu Azhari. Anak bongsu dari 3 orang adik beradik ini telah mendapat sokongan ibu bapanya yang menyediakan pelbagai juadah seperti kek harijadi, nugget, ayam goreng & bihun goreng...Alhamdulillah konyang perut eden. 
Majlis ini secara tidak langsung menjadi salah satu aktiviti Amalan Guru Penyayang Sekolah. Menunjukkan sikap peduli guru-guru terhadap murid, yang mana murid merupakan aset penting kepada sekolah.
Moga ramai lagi guru yang dapat mencontohi aktiviti menghargai murid seperti ini....

16 April 2013

TAKLIMAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2014 & 2015



Tarikh : 20/3/2013
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Auditorium SJKC Soo Jin, Kapar
Pendaftaran online : http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Taklimat tersebut adalah anjuran PPD Klang. Pihak PPD telah menjemput En Othman (JPS Unit Sekolah) untuk menyampaikan taklimat kepada semua PK HEM & kerani pendaftaran murid.
Antara perkara yang ditekankan dalam taklimat tersebut ialah kaedah pendaftaran secara online. Selain itu penekanan dalam aspek mengenalpasti dokumen murid terutama warganegara @ bukan warganegara. 
PK HEM juga diingatkan agar membuat hebahan secara menyeluruh melalui pelbagai kaedah seperti melalui kain rentang, surat kepada ibu/bapa, surat kepada tadika, pasti atau pusat asuhan kanak-kanak yang lain, makluman diperhimpunan, mesyuarat pibg & masjid. Ini sangat penting bagi memastikan tiada murid tercicir atau lewat mendaftar. Mohon kerjasama semua agar dapat menyebarluaskan maklumat ini kepada semua ibu bapa/ penjaga. Ibu bapa juga digalakkan untuk mendaftar secara online.

  

Yeeehaaaa.... mari bersenam. Aktiviti Pagi Bersama Pra Sekolah....



Tarikh : 19/3/2013
Masa : 8.30-9.30pagi
Tempat : Pra Amanah

Admin berkesempatan merakamkan gelagat murid Pra Amanah bersenam pada hari ini.... Seronok rasanya bersenam bersama anak-anak kecil ini. Pelbagai ragam & telatah mereka zahirkan
Bersenam (PJ) antara aktiviti yang menarik minat murid ke sekolah. Kecil-kecil lagi sudah didedahkan dengan aktiviti yang menarik, sudah tentu bila Darjah 1 tiada masalah untuk ke sekolah. 
Bersama mereka ialah Pn Hazlinah (Guru Pra Amanah) & 2 orang guru Praktikum dari UNISEL...
Hari-hari cikgu bersenam...Jom kita main.....

SKPM INSTRUMEN 4 - Pencerapan guru 2013




Pencerapan :
Tarikh : 19/3/2013

Masa : 7.30-8.30 pagi
Kelas : 1 Maju
Guru : Pn Roslina Bt Suaid
MP : PSV - Jambangan Bunga 

Pencerapan oleh pentadbir berpandukan Instrumen 4 SKPM. Tahniah kepada cikgu Roslina yang berjaya dicerap. Pencerapan meliputi keseluruhan P d P seperti objektif, persediaan, bbm, aktiviti, hasil kerja murid, kawalan kelas hinggalah kepada sahsiah guru.
Alhamdulillah....semuanya nampak Excellent....Guru-guru lain boleh jadikan Cikgu Roslina 'role model' untuk P d P dalam kelas.

Tahniah!!! SK Sementa Cemerlang Dalam MTQ Peringkat Zon



Syabas kepada team MTQ sekolah yang berjaya mencapai kejayaan dalam beberapa pertandingan yang disertai. Pertandingan MTQ peringkat zon telah berlangsung pada 11 Mac 2013 di Sekolah Kebangsaan Sg Serdang. Alhamdulillah SKS cemerlang 5 acara seperti dalam Nasyid (Johan), Hafazan & tilawah.
Peserta yang mendapat tempat 1,2 & 3 akan meneruskan perjuangan ke final MTQ daerah Klang di SK Sg Udang. Unit HEM mendoakan agar kejayaan berterusan menjadi milik SK Sementa.
Syabas kepada guru-guru yang bertungkus lumus membimbing murid& melatih murid. Kredit untuk Ustaz Ismail, Ustazah Suzana, Ustazah Razila & semua yang terlibat. Kejayaan ini menjadi pembakar semangat & motivasi kepada pasukan lain yang akan menyertai pertandingan ko akedemik...




14 April 2013

LADAP SIRI 2


LADAP Siri ke 2 telah diadakan pada 16 Mac 2013. Sesi pertama LADAP ialah SKPM Instrumen 4 & Cuti Kakitangan Awam yang disampaikan oleh Pn Hjh Radiah (PK1). Antara pengisiannya ialah berkaitan cuti yang boleh diambil oleh guru & kakitangan awam serta peraturannya. Sangat berguna bagi guru-guru & staf sebagai garis panduan memohon & mengambil cuti yang telah ditetapkan.







Sesi ke-2 ialah bengkel Pendidikan seni Visual (PSV) yang disampaikan oleh Pn Roslina Suaid.  Dalam sesi yang lebih santai ini guru-guru didedahkan dengan asas warna, jenis lukisan & pelbagai hasilan seni terutama bagi guru yang bukan opsyen seni
Guru-guru dibahagikan dalam beberapa kumpulan & diberikan beberapa aktiviti berkaitan seni.....sangat menyeronokkan. Maka terserlahlah kreativiti & bakat terpendam guru-guru.... Lihat sahaja hasil seni guru-guru, ada yang macam UAI pula, ini mesti kerja cikgu Firdaus & the geng... Tabik springgg kepada Pn Roslina yang pandai 'tackle' guru-guru SKS. 

9 April 2013

Suntikan Imunisasi tahun 1 oleh Kementerian Kesihatan




Suntikan Imunisasi Tahun 1 telah berlangsung pada 12 & 13 Mac 2013. Suntikan ini adalah untuk pencegahan Difteria, Tetanus, Polio dan MMR. Seramai 4 orang staf Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang yang terdiri daripada seorang doktor & 2 orang nurse mengendalikan sesi ini. 
Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku...cuma banyak adegan mencuit hati yang ditunjukkan oleh murid-murid tahun 1 (lihat gambar)
Hampir semua murid menerima suntukan Imunisasi ini. Bagi murid yang tidak hadir dikehendakki untuk ke Klinik Kesihatan Bukit Kuda untuk menerima suntikan tersebut.
Terima kasih pihak PKD Klang, Unit Pengurusan Kesihatan dibawah kendalian Pn Suzainee, guru-guru tahun 1 & semua guru yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak yang prihatin & bertanggungjawab serta memberi kerjasama yang sewajarnya.


HOKI MSSD 6 & 7 SEBELAH DAERAH KLANG








Kejohanan Hoki MSSD Klang telah diadakan di Stadium Hoki Pandamaran pada 11 & 12 Mac 2013. Pasukan Hoki SK Sementa telah menghantar 1 pasukan lelaki & perempuan. Format Kejohanan pada kali ini telah diubah iaitu 6 & 7 sepasukan. Sebanyak 50 pasukan telah menyertai pertandingan. Ini adalah rekod baru penyertaan. 
Pasukan SK Sementa telah memulakan latihan 3 minggu sebelum kejohanan bermula. Mengadakan latihan sekali di Stadium & 2 kali di SK Bukit Kapar. Hampir 95% pemain terdiri muka baru dikalangan murid tahun 5 & 6.
Walaupun tiada kejayaan yang dicatat oleh kedua-dua pasukan lelaki & perempuan namun setiap pasukan telah memberikan komitmen & semangat juang yang tinggi ketika berlawan terutama dengan pasukan yang lebih berpengalaman.
Ini juga merupakan satu ruang pendedahan kepada murid bagi membentuk pasukan lebih mantap tahun hadapan. 
Terima kasih diucapkan kepada pengurus (Cik Jenny & En Hafiz), 'pak supir'(En Firdaus, En Harmizi, En Rasyidi) yang banyak membantu dalam mengurus pasukan hoki sekolah.
Tidak lupa juga kepada Guru Besar, rakan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang memberikan sokongan moral serta galakkan. InsyaAllah tahun depan mungkin menjadi milik SK Sementa....
Keputusan Perlawanan :
Pusingan Awal  (Lelaki) : SKS v SK SRI ANDALAS 0-0, 
SKS v SK SKI 2-0 (Johan Kumpulan)
Pusingan ke 2  : SKS v SK SG SERDANG 1-1 (klh penalti 0-1)
Pusingan Awal (Perempuan) : SKS V SJKT Pelabuhan Klang 0-0, SKS v SK Meru 2 (0-1), SKS v SK Pulau Indah (0-0)