18 August 2014
















Lawatan PK HEM SK Sementa ke SK Bandar Anggerik, Shah Alam pada 19 Mei 2014. Lawatan santai persediaan Pusat Sumber SK Bandar Anggerik ke pertandingan peringkat Kebangsaan. Selain itu mendapatkan maklumat berkaitan bilik SPBT dan Kantin sekolah. Antara foto yang boleh dikongsi bersama guru-guru di SK Sementa. Terima kasih kepada Guru Besar SK Bandar Anggerik, En Ab Rashid B ehsan  yang sudi menerima kunjungan tidak rasmi PK HEM SK Sementa

17 August 2014

PEMERIKSAAN KANTIN & PEMERIKSAAN KESIHATAN TAHUN 6







Pemeriksaan pengurusan kantin & makanan seimbang telag dibuat oleh Pejabat Kesihatan Derah (PKD) Klang pada 19 Mei 2014. Pegawai Kesihatan dari PKD Klang telah memeriksa serta mengambil maklumat tentang pengurusan, penyediaan makanan. Perbincangan telah dibuat bersama pihak kantin dan sekolah hasil dapatan pemeriksaan. Ini penting bagi pmembuat penambahbaikan dan menjaga kualiti makanan yang disediakan kepada murid dan warga sekolah.
Pada hari yang sama juga pihak PKD telah menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk murid-murid tahun 6. Pemeriksaan merangkumi pemeriksaan mata, kesihatan tubuhbbadan dan sebagainya. Pemeriksaan telah berlangsung 3 hari.

Taklimat Kebakaran Oleh Unit Keselaman dan Kebakaran sekolah



Taklimat Keselamatan &  Kawad Kebakaran telah diadakan pakan 19 Mei 2014. Taklimat tersebut telah dibuat semasa sesi perhimpunan rasmi mingguan sekolah. Taklimat dikendalikan oleh En Noor Azman, Ketua Unit Keselamatan & Kebakaran sekolah.
Didalam Taklimat tersebut, En Noor Azman menerangkan tentang tindakan yang perlu dilakukan oleh semua warga SK Sementa ketika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Semua kelas, bilik-bilik khas dan pejabat menerima 1 set panduan & pelan ketika berlaku kecemasan dan kebakaran. 
Unit Keselamatan juga telah merancang untuk mengadkan kawad kebakaran 2 kali setahun dengan menjemput agensi keselamatan seperti pihak bomba. Semoga usaha murni ini dapat memberikan kesedaran & kefahaman kepada warga sekolah akan kepentingan menjaga keselamatan.

Program KEMAS Parlimen Kapar

Pada 17 Mei yang lalu, pihak kemas dun Sementa telah mengadakan satu program komuniti & keibubapaan. Majlis telah diadakan di Dewan Lestary SK SEMENTA. pELPelbagai aktiviti telah dilaksanakan anataranya pertandingan melukis kanak-kanak tadika, talk show pemakanan dan kesihatan, majlis penyerahan sumbangan oleh Pemimpin setempat kepada setiap tadika di kawasan parlimen kapar. Majlis bermula jam 8 pagi dan berakhir pukulo 12.30 tengahari

16 August 2014

Sesi Petang : Anak-anak Pengawas Tahap 1 yang penuh dedikasi ketika bertugas

MASA : 12.30 tengahari
TEMPAT : Pintu Pagar Belakang

Kelihatan beberapa orang Pengawas Tahap 1 sedang menjalankan tugas penuh dedikasi dan komitmen. Moga mendapat sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ini merupakan tugas harian bakal pemimpin masa hadapan.

TAKLIMAT KHAS PENTADBIR KEPADA GURU BAHARU


Taklimat Khas Pentadbir bersama guru baharu telah diadakan pada 5 Mei 2014. Bertempat di makmal ICT, seramai 12 orang guru baharu yang terdiri daripada guru baharu posting dan berpindah masuk telah diberikan taklimat awal oleh barisan pengurusan tertinggi sekolah diketuai oleh Tn Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi.
Guru-guru diingatkan tentang disiplin serta peraturan sebagai penjawat awam seperti yang termaktub dalam pekeliling penjawat awam. Selain itu guru-guru juga diberikan tugas-tugas tertentu mengikut unit sedia ada. Moga dengan adanya penerangan daripada pihak pentadbir sekolah, menjadi panduan bagi guru-guru ini melaksanakan tugas dengan cemerlang bagi meningkatkan prestasi akademik, disiplin, sahsiah, kokurikulum dan sukan SK Sementa

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAGI MURID TAHUN 5 & 6



Peperiksaan Pertengahan Tahun telah dilaksanakan bermula 5 hingga 9 Mei. Peperiksaan ini hanya melibatkan murid tahun 5 & 6 sahaja. Ini kerana murid tahun 1 hingga 4 dalam sistem pendidikan yang baharu iaitu KSSR, dan hanya dinilai melalui PBS. Tujuan peperiksaan diadakan adalah untuk mengukur & menilai pemahaman murid sehingga topik yang telah diajar. Peperiksaan telah berlangsung dengan lancar. Diharap murid-murid dapat mencapai target masing-masing.

11 August 2014

KEJOHANAN HOKI MSSD KLANG 2014







KEJOHANAN : KEJOHANAN HOKI MSSD KLANG 2014
TARIKH : 28 - 30 APRIL 2014
TEMPAT : STADIUM HOKI PANDAMARAN KLANG

SK Sementa telah menghantar 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan untuk meyertai kejohanan tersebut. Lebih 60 pasukan daripada 26 sekolah menyertai kejohanan tersebut. SK Sementa telah mengadakan latihan intensif 2 minggu sebelum kejohanan bermula termasuklan beberapa siri perlawanan persahabatan yang diatur.
Dalam kejohanan tersebut, kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan kurang bernasib baik tidak berjaya untuk mara kepusingan yang seterusnya. Namun begitu bagi jurulatih yang penting pemain telah cuba sedaya upaya untuk layak terutama pasukan lelaki yang mana pada perlawanan terakhir berjaya membuat 'upset' dengan mengalahkan semifinalist tahun 2013 SK Rantau Panjang. Walaupun berkongsi mata yang sama dengan 2 pasukan lain tetapi SK Sementa kurang dari segi jaringan.
Namun begitu, pasukan hoki SK Sementa masih boleh berbangga kerana seorang pemain perempuan, adik Nurul Filzah Afiqah telah terpilih mewakili Daerah Klang Ke Kejoahanan MSSS di Kuala Selangor.
Bagi jurulatih pasukan hoki sekolah, ini merupakan penglibatan beliau kali terkakhir membawa pasukan sekolah menyertai kejohanan hoki. Sepanjang 4 tahun membawa pasukan hoki sekolah, ada beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan, antaranya pasukan perempuan yang berjaya mendapat tempat ke 4 dalam kejohanan bawah 11 tahun 2013. Seorang pemain lelaki adik Muhd Nuh yang berjaya mewakili Daerah Klang & muncul johan pada tahun 2013 dan adik Nurul Filzah Afiqah yang membantu Daerah Klang muncul johan Kejohanan bawah 11 Negeri Selangor 2013.
Moga akan ada barisan pelapis dikalangan guru dan murid yang boleh terus membawa dan melatih pasukan hoki SK Sementa satu hari nanti.

'SPOT CHECK' DISIPLIN MURID




 Uni
Unit HEM melalui JK Disiplin yang diketuai oleh Unit Disiplin & Unit Pengawas telah mengadakan satu 'spot check' pada 14 April yang lalu. Spot check atau pemeriksaan mengejut dibuat selepas selesai perhimpunan rasmi mingguan. Spot check mensasarkan murid-murid yang tidak memakai lencana, tanda nama, tidak memakai stokin, kuku panjang dan berambut panjang. 
Kerjasama guru disiplin dan pengawas serta dibantu oleh barisan pengawas melancarkan dan memudahkan proses pemeriksaan. Murid yang didapati melakukan kesalahan tersebut direkodkan. Tindakan nasihat dan teguran telah dilakukan oleh guru bagi memastikan murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Ini penting bagi mendidik serta mendisiplinkan murid yang akhirnya dapat melahirkan sahsiah dan sikap yang terpuji yang dapat membantu akdemik dan kualiti jati diri.
Pihak JK Disiplin juga akan mengadakan spotcheck secara berkala sepanjang tahun 2014.