19 January 2013

PROGRAM PEMUAFAKATAN IBU BAPA PENJAGA TAHUN 6 BERSAMA TN HJ HUSHIM B SALLEH



Program Ceramah ibu bapa tahun 6 bersama Tn Hj. Hushim telah berlangsung pada 4 Januari 2013 di Dewan Bestari. Majlis dianjurkan bersama pihan sekolah dan PIBG. Program yang diadakan khas untuk ibu bapa murid tahun 6 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Majlis bermula pada pukul 8.30 malam dengan dimulakan dengan ucapan aluan YDP PIBG, En Jamil B Abu Bakar. Seterusnya Ceramah keibubapaan telah disampaikan oleh Tn HJ Hushim  yang merupakan salah seorang Kaunselor Berdaftar serta penceramah terkenal di Malaysia. Program telah berlangsung dengan jayanya hingga pukul 11 malam. Moga semua yang hadir pada majlis tersebut mendapat manfaat & pengajaran yang berguna yang boleh diaplikasikan dalam mendidika anak-anak.

MAJLIS AKUR JANJI MURID TAHUN 6



7 January 2013

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA TAHUN 1 2013

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 1 telah diadakan pada 31 Disember 2013. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Bestari. Para ibu bapa/penjaga telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Alhamdulillah sambutan dikalangan ibu bapa/ penjaga adalah amat menggalakkan. Tepat jam 9.10pagi majlis bermula dengan dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Rasyidi. Seterusnya juruacara majlis, En Ahmad Zamzuri menjemput Puan Guru Besar, Pn Nur'Aini Bt bt Abdul Aziz menyampaikan ucaptama mengalu-alukan kehadiran ibu/bapa penjaga. Puan Guru Besar mengambil kesempatan memperkenalkan barisan pentadbir & tenaga pengajar tahun 1. 
Seterusnya, GPK Pentadbiran Pn Hjh Radiah menyampaikan ucapan. Antara lain Pn Hjh Radiah menerangkan berkaitan akademik & pengurusan sekolah. diikuti GPK HEM, En Faridzul Azwan memberikan info berkaitan hal Ehwal murid dan terakhir Taklimat PBS yang disampaikan oleh penyelaras PBS. Majlis berakhir tepat jam 11 pagi.
















Selamat Datang ke Blog UNIT HEM SK SEMENTA

Alhamdulillah akhirnya blog HEM SK Sementa lahir ke Alam Cyber....
Moga dengan kewujudan blog ini akan dapat memberikan manfaat serta info berkaitan sekolah amnya dan Unit HEM khususnya. Selain itu dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah dan komuniti setempat.