11 July 2013

Tahniah!!! Sketsa Dr Muda SK Sementa mendapat tempat ke 3 Peringkat Negeri Selangor




Konvensyen Dr Muda Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di Komplek Rakan Muda, Sementa, Klang pada 23 Mei 2013. Konvensyen tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Klang. 
Pelbagai aktiviti dan acara dipertandingkan. Pasukan Sketsa SK Sementa telah bertanding mewakili Daerah Klang dalam konvensyen tersebut.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu pasukan sketsa meraih tempat ke 3. Pertandingan tersebut telah dijuarai oleh SK Puncak Alam dari Daerah Kuala Selangor. Walaupun tewas, pasukan sketsa SK Sementa telah memberikan persembahan yang terbaik. Syabas Cikgu Suzainee, En Ismail & rakan guru yang lain kerana berjaya membimbing murid & menaikkan nama sekolah.

Majlis kesyukuran MTQ & Perpisahan Guru JQAF





Bertempat di Musolla Imam As-Syafie pada 23 Mei 2013 telah diadakan Majlis kesyukuran menghargai murid dan jurulatih-jurulatih yang telah menyertai pertandingan MTQ peringkat Daerah Klang. Syabas dan tahniah diucapkan kerana telah berjaya menaikkan nama sekolah dengan memenangi banyak acara dalam pertandingan tersebut. Majlis tersebut dianjurkan bersama Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab.
Majlis dimulai dengan ucapan Pengerusi Panitia, Pn Saadiah, ucapan wakil murid, adik Hariz dan ucapan pentadbir, Pn Dayang Fatimah (PK Kokurikulum).
Majlis ini juga diselitkan dengan ucapan daripada 3 orang guru JQAF yang akan menamatkan tempoh praktikal di SK Sementa iaitu Pn Nurhidayah, Cik Nurafiqah dan En Rasyidi. 
Terima kasih kepada ketiga-tiga guru praktikal yang banyak membantu dalam pertandingan ko-akademik dan aktiviti sekolah yang lain. Majlis diakhiri dengan jamuan.

10 July 2013

Sambutan Hari Guru SK Sementa 2013





Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2013. Seawal 7.30 pagi guru telah hadir & berkumpul dihadapan sekolah. Acara pertama ialah sesi gambar kengangan. Dengan pakaian batik baru BAKES guru-guru nampak segak & anggun bila berhadapan kamera.
Seterusnya rombongan guru-guru dibawa ke tapak perhimpunan untuk majlis perasmian sambutan hari guru dengan diiringi paluan kompang & pengawas yang membawa belon berwarna ungu. 
Sungguh ceria pemandangannya....Tema warna : UNGU COKLAT CADBURY....
Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan oleh Pn Nur'Aini (Guru Besar). Ini merupakan Hari Guru paling istimewa & terakhir buat Pn Nur'Aini kerana beliau akan bersara pada 29 Julai 2013. Tema hari guru pada tahun ini ialah

Seterusnya majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn Nur'Aini dengan melepaskan tali pengikat belon yang tertera tulisan selamat hari guru. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati & hadiah kepada semua guru & staf sekolah serta persembahan murid.





TARIKH : 16.05.2013
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : HOTEL CONCORDE, SHAH ALAM
PERKARA : HI-TEA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU BAKES SK SEMENTA 2013
Badan Kebajikan Guru & Staf (BAKES) telah mengadakan majlis sambutan di Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis telah dihadiri hampir 90% guru dan staf sekolah. Majlis dimulai dengan bacaan doa & ucapan guru besar. seterusnya sesi tayangan video guru-guru SK Sementa yang dikendalikan Pn Zatusy & En Ismail. Anugerah Guru Popular menyusul ketika guru-guru sedang enak menikmati juadah. Anugerah ini hasil undian murid-murid & guru-guru. Tahniah kepada semua guru....Ini adalah hari istimewa untuk kita....SELAMAT HARI GURU!


Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat khas Guru Besar


SK Sementa dikejutkan dengan berita yang kurang enak. Pn Nur'Aini (Guru Besar) dikhabarkan ada masalah dengan jantung dan  dimasukkan ke Wad Hospital KPJ Bandar Baru Klang. Pn Hjh Radiah (PK1) dikhabarkan sakit sehingga perlu 'dimasukkan air dalam badan' dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan. Pn Hamidahton (PK Petang) masih kurang sihat, dikhabarkan mengidap penyakit kencing manis.
Guru-guru SK Sementa yang perihatin telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin & doa selamat khas telah diadakan pada 30 April 2013.
Majlis tersebut bertujuan memohon kepada Allah SWT agar kesihatan guru-guru tersebut pulih & dapat bertugas seperti biasa. Majlis diketuai oleh Ustaz Hassanudin. Majlis yang sama juga telah diadakan bersama murid mengikut tahun.

TAKLIMAT PROGRAM SUSU 1 MSIA (PS1M) JPS 2013



Tarikh : 30 April 2013
Masa : 9 Pagi
Tempat : SMK Tinggi Klang
Anjuran : Jabatan Pelajaran Selangor
Kehadiran : Semua Guru Besar / PK HEM sekolah-sekolah di Selangor

Majlis telah dianjurkan JPS. Sesi taklimat telah berlangsung dengan jayanya dengan dipengerusikan oleh En Ngimriti B Supardan (Unit HEM JPS-Kebajikan). Taklimat juga telah dihadiri oleh wakil Syarikat Sabah International Dairies Sdn Bhd, Syarikat pembekal PS1M di Selangor.
Taklimat merangkumi tatacara penerimaan, tatacara minum & tatacara jika berlaku kes keracunan. 
Moga susu yang diterima dapat memberikan manfaat kepada semua murid SK Sementa

U/P : JK RMT/ PSIM/ PV1M