24 February 2014

TAKLIMAT UNIT PERHUBUNGAN & PENDAFTARAN JPS

TARIKH : 20.2.2014 (KHAMIS)
MASA : 8.30 PG - 2.00 PTG
TEMPAT : SJKC PANDAMARAN A

Unit Aduan & Perhubungan PPD Klang telah mengambil satu inisiatif memberikan pendedahan kepada PKHEM Daerah Klang berkaitan PIBG, permohonan lawatan, permohonan menggunakan premis sekolah, penerbitan majalah sekolah dengan menjemput Pegawai daripada Unit Perhubungan & Pendaftaran En Mohamamad Arof.
Banyak isu-isu berbangkit berkaitan PIBG seperti tatacara pengursan mesyuarat, tatacara penulisan akaun PIBG, konsep PIBG di sekolah, peraturan menjadi ahli PIBG dan isu-isu semasa. - rujuk buku panduan & peraturan pendidikan (pibg) berwarna pink.
Slot kedua, Pendaftaran murid bukan warganegara disampaikan oleh En Abd Karim B minhad. En Abd Karim menekankan akan kepentingan dokumen sokongan yang perlu dilampirkan semasa membuat permohonan seperti 4 salinan borang permohonan (warna pink), sijil beranak / passport murid, Passpor ibu bapa, permit kerja ibu bapa dan sebagainya. permohonan perlu dihantar ke JPS melalui PPD. JPS akan pertimbangkan permohonan. Kelulusan hanya dikeluarkan oleh pihak JPS. 
Jika lulus, ibu bapa dikehendakki membayar levi RM120 kepada JPS & penempatan sekolah akan ditentukan oleh pihak PPD. Kelulusan & bayaran levi perlu dibuat setiap tahun. 
Selain itu, pihak sekolah, melalui guru kelas diingatkan mendokumentasikan murid bukan warganegara. Murid bukan warga mesti mempunyai fail khas yang mengandungi dokumen-dokumen peribadi murid & ibu bapa, surat kelulusan & salinan bayaran levi.

DENGGI - PEMERIKSAAN MENGEJUT UNIT KESIHATAN MPK



SK Sementa telah didatangi oleh sepasukan unit Kesihatan MPK pada 18.2.2014. Unit Kesihatan telah mohon kebenaran daripada pihak sekolah untuk membuat pemeriksaan mengejut berkaitan aedes. 
Pemeriksaan tertumpu kepada bekas-bekas dan tempat-tempat yang mungkin menjadi sarang pembiakan jentik-jentik.
Unit Kesihatan telah berjaya menjumpai jentik-jentik di dalam akuarium yang tidak digunakan di dalam Taman Sains. Perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak pentadbir & memberikan tempoh 3 hari untuk pembersihan dilakukan dengan segera.
Perkara tersebut menjadi pengajaran kepada pihak sekolah, khususnya unit Kesihatan sekolah untuk mengambil tindakan proaktif bagi menangani demam denggi yang berleluasa ketika ini.
Moga semua pihak, terutama warga SK Sementa mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku. "Hapuskan Jentik-jentik, elakkan penyakit demam denggi"

23 February 2014

Perjumpaan Mingguan Pengawas Sekolah



Perjumpaan Mingguan Pengawas telah diadakan sekali setiap minggu mengikut tahun. Perjumpaan diadakan setiap awal pagi bagi tujuan mengemukakan laporan, pembugaran & perbincangan tugas masing-masing.
Ketua Unit Pengawas diketuai oleh Pn Norhayati Rawi akan menyediakan jadual perjumpaan setiap minggu. Ini penting bagi mengenalpasti masalah serta isu yang dihadapi oleh para pengawas. Perjumpaan ini merupakan salah satu agenda untuk memperkasakan pengawas SK Sementa. Unit HEM berharap agar Pengawas ini akan menjadi contoh terbaik disiplin kepada murid-murid yang lain.

PEMERIKSAAN PAM AIR OLEH JKR

Pemeriksaan Pam Air oleh Jabatan Mekanikal (JKR) Seksyen 17, Shah Alam telah dilakukan pada 17.2.2014. Pemeriksaan adalah hasil aduan oleh pihak sekolah, Unit Pembangunan yang khuatir akan keadaan pam air yang kerapkali tidak berfungsi.
Hasil pemeriksaan sepasukan juruteknik JKR mendapati kedua-dua pam masih berfungsi baik tetapi tidak bergilir secara automatik.
Pihak JKR akan mengeluarkan laporan penyiasatan kepada pihak sekolah secepat mungkin dan meminta pihak sekolah menghubungi pihak kontraktor untuk tindakan pembaikan.

Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)



Program Rancangan Makanan (RMT) SK Sementa 2014 telah dilaksanakan sejak hari pertama persekolahan pada 2.1.2014. Murid layak menerima RMT seramai 150 orang yang terdiri daripada murid tahun 1 hingga tahun 6 berdasarkan kelayakan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagiaan Kewangan bertarikh 24 Oktober 2013.
Syarat & Kelayakan asas ialah murid warganegara malaysia, pendapatan keluarga RM520 atau perkapita RM130.
Murid yang layak akan mengambil makanan yang disediakan setiap hari di kantin pada waktu rehat. Murid dididik makan dengan adab, membaca doa & bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Makanan yang seimbang & berkhasiat yang dibekalkan diharap dapat membantu tumbesaran fizikal & mental seterusnya dapat menyumbang kepada pencapaian akademik yang cemerlang.
Menu makanan telah dibincang bersama JK RMT & Pengusaha kantin mengikut kesesuaian, keseimbangan & minat murid.
Terima kasih pengusaha kantin, terima kasih JK RMT yang diketuai oleh Pn Zaidah Abd Manaf & Pn Siti Mubarakah.

PELANCARAN KEMPEN KEBERSIHAN & ZERO SAMPAH

Pelancaran Kempen Kebersihan Kelas & Kempen Zero Sampah telah diadakan pada 17.02.104. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Pn Hjh Radiah Bt Hasbollah (GPK Pentadbiran). 
Kempen ini merupakan salah satu aktiviti wajib Unit Kebersihan  Kelas & Keceriaan Sekolah di bawah ketua unit, Pn Roslina Bt Suaid.
Program kesedaran pentingnya menjaga kebersihan kelas & seluruh kawasan sekolah meliputi pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas setiap minggu, pertengahan  tahun & akhir tahun.
Selain itu aktiviti keceriaan kawasan & bilik khas seperti taman ulam & herba, lorong-lorong, serta pondok juga dipertandingkan.
Beberapa siri gotong royong & gotong royong perdana melibatkan ibu bapa juga dirancang sepanjang tahun.
Diharap kerjasama & keprihatinan semua dapat membantu menceriakan sekolah seterusnya membantu meningkatkan pencapaian akdemik murid 'SEKOLAH CERIA MURID BERJAYA"
Tahniah Unit Keceriaan & Kebersihan

JASAMU DIKENANG : TAHNIAH KEPADA GURU-GURU YANG BERJAYA DALAM PERMOHONAN PERTUKARAN SEKOLAH

Cikgu Azhari

Cikgu Firdaus

Cikgu Adid

Cikgu Azizan

Ustaz Harmizi

Cikgu Shahrom
 Tahniah kepada guru-guru yang berjaya dalam permohonan pertukaran sekolah. Antaranya ialah :
1. Cikgu Firdaus B Idris - Grik, Perak
2. Cikgu Azhari - Kelantan
3. Cikgu Shahrom B Romli - Kedah
4. Cikgu Azizan B Abd Aziz - Daerah Petaling
5. Ustazah Maslinda B Jajuli - Kelantan.
Manakala Cikgu Adid pula telah dilantik sebagai pegawai di Unit ICT PPD Klang. Seorang lagi guru, Ustaz Harmizi telah dipindahkan atas dasar keperluan perkhidmatan ke SK Klang Utama.
Semua guru yang berpindah telah memberikan komitmen yang tinggi & berdedikasi semasa berada di SK Sementa khususnya Unit HEM.
Cikgu Azhari (Kaunselor), Cikgu Shahrom (JK PS1M), Cikgu Azizan ( JK Kebersihan & keceriaan), Cikgu Adid (Guru APDM, e-kehadiran & enrolmen murid), Ustaz Harmizi (Guru Disiplin), Ustazah Maslinda(JK Unit Tabungan & Takaful).
Unit HEM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih atas jasa serta khidmat bakti yang telah dicurahkan. Moga berjaya di sekolah baharu disamping keluarga tersayang. 

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

22 February 2014

PERASMIAN PERTANDINGAN LIBAS 2014


Perasmian Pertandingan Libas 2014 telah berlangsung pada 17 Februari 2014. Majlis telah dirasmikan oleh Pn Hjh Radiah Bt Hasbollah. 
Pada Majlis tersebut Pn Hjh Radiah telah memecahkan bongkah ais yang mengandungi bola takraw sebagai simbolik pelancaran pertandingan tersebut.
Pertandingan Libas telah dirancang oleh bekas guru merangkap jurulatih sepak takraw SK Sementa, En Harmizi. Pertandingan bertujuan mencungkil bakat dikalangan murid SK Sementa dalam permainan Sepak Takraw. Pertandingan telah dianjurkan Unit Sukan & Kokurikulum dengan kerjasama Panitia PJK. 
Moga pertandingan dapat mencapai matlamat seterusnya mewujudkan pasukan sepak takraw SK Sementa yang dapat menaikkan nama sekolah diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Syabas kepada Unit Sukan dan Ko-kurikulum di bawah kendalian Pn Dayang Fatimah (GPK Ko-Kurikulum). En Iswandi (s/u Sukan) dan jurulatih-jurulatih sepak takraw. Majulah sukan untuk SK Sementa!!

PELANCARAN PROGRAM NILAM


Pada 10 Februari telah diadakan Pelancaran Program Nilam SK Sementa. Program telah dirasmikan oleh Tn Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi. Program Nilam atau singkatan Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu program peringkat kebangsaan. Program ini memberi galakkkan kepada murid-murid untuk minat dan mengamalkan budaya membaca dikalangan semua warga sekolah.
Program telad diuruselia oleh penyelaras Nilam, Pn Noraida Bt Nasir dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS). 
Moga Program ini dapat mewujudkan budaya Ilmu & membaca sepanjang hayat.

MESYUARAT JK KANTIN & RMT BERSAMA PENGUSAHA KANTIN KALI 1



TARIKH : 11.02.2014 (SELASA)
MASA : 12.30 TGH
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH

Mesyuarat JK Kantin & RMT bersama Pengusaha & pekerja kantin bertujuan membincangkan pelbagai isu serta masalah berkaitan kantin sekolah.Mesyuarat telah dihadiri bersama Pn Hjh Mazanah Bt Dawi (GB), En Faridzul (PK HEM),Pn Minah (Pengusaha Kantin) Pn Razila (Ketua Unit Peng. Kantin), Pn Zaidah (Ketua Unit RMT), JK Kantin, JK RMT dan pekerja kantin.
Selain daripada itu, mesyuarat juga membincangkan peranan kantin dalam mendidik murid melalui penjualan makanan berkhasiat. 3 perkara yang dititikberatkan dalam pengurusan kantin adalah kebersihan, kesihatan & keselamatan.
Memastikan makanan yang dijual berkhasiat & berkualiti. Para pekerja dinasihatkan agar mengamalkan budaya kerja sihat & selamat, mematuhi peraturan penyediaan, penyimpanan serta penjualan dengan harga yang munasabah. 
Keceriaan kantin juga dibincang bersama bagi menarik minat murid menjadikan kantin satu tempat yang boleh menjadi sumber maklumat tambahan pembelajaran. 
Perbincangan berkaitan RMT juga turut diadakan. Antaranya jadual menu, memperbaiki sistem pengagihan dan bagaimana mendidik keperibadian murid RMT melalui makanan yang dibekalkan
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.05 petang

GURU & STAF BERSATU MEMAJUKAN SK SEMENTA MELALUI PROGRAM 'TEAM BUILDING'







Pada 8 Februari 2014 telah diadakan Program 'Team Building' khas buat guru-guru & staf sokongang. Program yang julung kali diadakan bertujuan membina hubungan baik, memahami konsep ketua & orang bawahan dan mewujudkan suasana kerja yang baik & cemerlang.
Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat Exact Trainning Consultant. Program bermula pukul 8pagi dan berakhir pukul 5 petang. Sebahagian besar guru & staf menyambut baik program tersebut sebagai satu anjakan paradigma mewujudkan satu budaya baru dalam bekerja. Menurut seorang guru senior, Cikgu Mad Husian, sudah lama benar tidak menyertai kursus yang berbentuk motivasi dan sangat bagus jika dilakukan kerap kali supaya guru sentiasa segar dan bersedia untuk bekerja setiap hari.
Idea Program Team Building telah dicadangkan oleh Ustazah Razila & diterima baik oleh Tuan Guru Besar untuk dilaksanakan.
Unit HEM mengharapkan program seperti ini dpat diperbanyakkan lagi. Pelbagai Ilmu & dapatan yang diperolehi daripada program ini. Moga memberi manfaat kepada guru, murid, keluarga dan sekolah. InsyaAllah...

16 February 2014

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, KETUA & PENOLONG KELAS 2014
























Pada 7 & 8 FEBRUARI 2014 (Jumaat & Sabtu) bertempat SK SEMENTA telah diadakan kursus kepimpinan Pengawas, Ketua & Penolong kelas. Kursus tersebut melibatkan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada murid tahun 2,3,4,5 & 6.
Kursus bermula selepas selesai Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua & Penolong Kelas pada pagi Jumaat.
Objektif kursus diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada semua Pengawas & Ketua kelas tugas & tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Praktikal tugasan, motivasi, keberanian serta mendidik menjadi seorang pemimpin masa hadapan
Kursus dibahagikan kepada 2. Bahagian pertama pada 7.2.2014, yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah melalui JK yang dilantik dikalangan guru yang melibatkan JK Pengawas, Disiplin & Bimbingan Kaunseling. 
Bahagian kedua yang dikendalikan sepenuhnya oleh Exact Trainning Consultant pada 8.2.2014.
Diharap kursus yang diberikan dapat menghasilkan pemimpin contoh di SK Sementa dan membantu pihak sekolah meningkatkan pemahaman & tahap disiplin murid.
Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada para pentadbir, Unit Pengawas, Unit Disiplin, Unit Bimbingan & Kaunseling, guru-guru, PIBG & ibu bapa yang bersama-sama menjayakan kursus tersebut.