26 September 2017

PEMANTAUAN ANUGERAH KUALITI (HEM) BAGI UNIT SPBT SK SEMENTA

Pada 26 September 2017 (Selasa) , pemantauan anugerah kualiti Hal Ehwal Murid  Pejabat Pendidikan Daerah Klang telah dilaksanakan. Pertandingan kali ini melibatkan 6 buah sekolah iaitu SK Sementa, SK Bukit Kapar, SK Kota Kemuning, SK Jalan Kebun, SK (P) Bukit Kuda dan SK Sungai Udang. Unit SPBT SK Sementa telah dipantau oleh tiga orang hakim iaitu Encik Arif Fathilah bin Mohd Safaji dari SK Taman Gembira, Cik Nurulhuda bt Haji Mustafa dari SK Telok Pulai dan Puan Hajah Noraini Mohamed Ekson dari SK Batu Unjur. 

Pemantauan yang bermula pada jam 8 pagi itu meliputi keceriaan bilik, sistem filing, buku stok dan lain-lain. 



Pemantauan sedang berjalan



Penyampaian cenderahati oleh PK HEM, Encik Faridzul Azwan



Syabas dan tahniah kepada Unit HEM SK Sementa atas usaha yang gigih dan berani mengambil bahagian dalam pertandingan kualiti kali ini. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang, amin.