14 April 2014

STATISTIK KEHADIRAN MURID BULAN JANUARI HINGGA MAC 2014

CARTA 1: PERATUS KEHADIRAN KESELURUHAN JAN - MAC

CARTA 2 : PERATUS KEHADIRAN KELAS PRA SEKOLAH

CARTA 3 : PERATUS KEHADIRAN ANTARA TAHUN (PRA, T1 - T6)
CARTA 4 : PERATUS KEHADIRAN MURID TAHUN 1

CARTA 5 : PERATUS KEHADIRAN MURID TAHUN 2

CARTA 6 : PERATUS KEHADIRAN KELAS TAHUN 3

CARTA 7 : PERATUS KEHADIRAN KELAS TAHUN 4

CARTA 8 : PERATUS KEHADIRAN KELAS TAHUN 5

CARTA 9 : PERATUS KEHADIRAN KELAS TAHUN 6
RUMUSAN KESELURUHAN BULAN MAC

 






































































































































































































































































13 April 2014

SENTUHAN KASIH BAGAI SEORANG IBU - GURU PENYAYANG, AMALAN SEPANJANG TAHUN

Begitulah rutin seorang guru. Walaupun punyai anak sendiri di rumah, anak murid juga dianggap sebagai anak kandung. Kehadiran murid disambut setiap hari dengan keikhlasan dan rasa tanggungjawab. 
Memberikan galakkan serta motivasi agar anak didiknya minat ke sekolah, seronok belajar, rasa disayangi dan selamat dalam jagaan guru-guru di sekolah. Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu menggalas bebanan itu, jika ada yang berpendapat profesion perguruan ini mudah, berfikirlah berulang kali. Guru tidak minta dibalas jasanya dan guru tidak minta dipuji. Jika ada sekelumit bahagia atas pengorbanan apabila melihat anak didik berjaya dan menjadi insan yang berguna di dunia dan diakhirat. Begitulah adanya guru kini yang jauh berbeza beban tugas dan tanggungjawab mendidik dan mengajar anak-anak yang kadang kala ditatang bagai minyak yang penuh berbanding anaknya sendiri. 
Masih lagi kuat dan tiada putus asa.... guru sabar menunggu & menerima kehadiran murid. Gambar dirakam pada 19 Mac 2014 pukul 7.15 pagi.

10 April 2014

KECERIAAN SEKOLAH - FASA 1 DITERUSKAN




Mural di laluab bilik JQAF Blok Baru

Mural di laluan Blok A
SK Sementa terus berusaha untuk mempertingkatkan keceriaan sekolah. Sepanjang cuti sekolah yang lalu, guru-guru yang berkelapangan telah hadir ke sekolah untuk memperindah dan mencantikkan kawasan sekolah. Ini merupakan aktiviti keceriaan fasa 1 (Jan - April)
Tahniah kepada guru-guru!!! Unit HEM percaya dengan peningkatan keceriaan & kebersihan sekolah akan menambah minat murid untuk hadir ke sekolah. Ini Secara tidak langsung mengurangkan kadar ponteng disamping menambah minat murid untuk belajar dengan selesa. Seterusnya menjadi faktor penyumbang peningkatan pencapaian akademik sekolah.
Usaha ini perlu ada kesinambungan daripada ibu bapa, di mana ibu bapa dapat membantu pihak sekolah dalam menyumbang dan menyedia keperluan untuk keceriaan dan pembaikan serta pembangunan. SK SEMENTA CERIA MURID BERJAYA!!
Mural di dataran perhimpunan (Blok B)
Mural & kata-kata hikmah di Blok A

9 April 2014

HUJAN RIBUT - SK SEMENTA MENDAPAT PERHATIAN SEGERA DATO' PENGARAH JPNS







Syukur Alhamdulillah.....Kejadian ribut yang menimpa SK Sementa sehingga merosak & menerbangkan bumbung sekolah telah mendapat perhatian segera oleh pihak JPN Selangor. Laporan awal yang dihantar oleh pihak sekolah kepada PPD Klang & JPN Selangor telah mendapat respon segera. Seawal jam 9 pagi pegawai daripada unit Pembangunan PPD Klang, En Khalid telah membuat pemeriksaan dan pemantauan ke atas bumbung yang rosak. Ini dituruti dengan kehadiran Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Dato' Hj Mahmud B Karim yang 'turun padang' melihat sendiri kesan kejadian hujan ribut. Setelah mendengar penjelasan daripada PK HEM, Dato' Pengarah mengarahkan kontraktor supaya segera membaiki bumbung bangunan yang rosak. 
Sebelum itu pihak sekolah dengan bantuan pekrja sekolah bertungkus lumus mengalihkan fail, almari, kerusi, buku dan dokumen penting ke bilik mesyuarat bangunan baru. Pihak PIBG juga membantu dalam menyediakan kanvas-kanvas nagi mengelakkan air hujan masuk ke dalam pejabat sekolah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh SK Sementa.

SK SEMENTA DI LANDA RIBUT






SK Sementa telah dilanda musibah hujan ribut yang menerbangkan beberapa keping bumbung bangunan sekolah. Kejadian tersebut berlaku pada 17 Mac 2014 (Isnin) lebih kurang pukul 3.30 petang.
Hujan lebat serta ribut menerbangkan beberapa keping bumbung. Antara yang terjejas teruk ialah bumbung bangunan yang menempatkan pejabat di Blok A, bumbung Blok B, bumbung bangunan lama dan kantin. Selain itu hujan lebat juga mengakibatkan siling Pusat Sumber & makmal ICT rosak.
Ini merupakan kejadian kedua dalam tempoh 2 tahun bumbung bangunan SK Sementa diterbangkan angin akibat hujan ribut.
Unit HEM bersyukur ketika ribut berlaku tiada kejadian yang tidak diingini yang melibatkan murid atau warga SK Sementa.

SK SEMENTA - PRAY FOR MH370




Misteri yang menggemparkan negara melibatkan kehilangan sebuat pesawat MAS MH370 masih belum terjawab. Kerajaan Malaysia melalui agensi bertanggungjawab seperti MAS, DCA, PDRM, APMM & angkatan tentera Malaysia (TDM, TUDM, TLDM) dengan kerjasama 25 buah negara berusaha bertungkus lumus mencari pesawat tersebut.
SK Sementa bersama seluruh rakyat Malaysia berdoa & berharap agar pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk krew segera ditemui. #prayforMH370.

Taklimat Pendaftaran Tahun 1 (2015/2016)

Taklimat Pendaftaran murid tahun 1 sesi Persekolahan 2015 & 2016 telah diadakan pada 17 Mac 2014 di SJKC Pandamaran A. Taklimat tersebut dianjurkan oleh pihak PPD Klang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor (JPS). Kehadiran peserta melibatkan semua GPK HEM & Pembantu tadbir yang mengurus pendaftran tahun 1.
Taklimat telah disampaikan oleh En Othman B Mohammad (Penyelia Kanan unit Sekolah Rendah JPS) dengan dibantu Staf JPS & En Al Irwan (PPD Klang). 
Pelbagai info terkini serta isu yang dikupas berkaitan pendaftaran murid tahun 1. Ibu bapa adalah digalakkan untuk mendaftarkan anak secara online melalui pautan berikut :

JEREBU - SK SEMENTA DITUTUP 1 HARI




SK Sementa & semua sekolah di daerah Klang diarahkan ditutup pada 14 Mac 2014 (Jumaat). Arahan penutupan sekolah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Dato' Hj Mahmud B Karim berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri Hj Muhyiddin B Yassin serta surat arahan KPM tahun 2013. Ini disebabkan jerebu yang melanda sebahagian besar pantai barat semenanjung Malaysia semakin teruk dan berada diparas bahaya di seluruh daerah Klang mengikut IPU yang dikeluarkan oleh Jabatan Metadeologi Malaysia. IPU pada minggu tersebut naik secara mendadak daripada paras sederhana ( kurang 100) hingga bahaya (326) akibat cuaca panas melampau & pembakaran terbuka.
Pihak sekolah membuat langkah segera dengan memaklumkan kepada semua guru, AJK PIBG, menyebarkan luas melalui masjid dan surau-surau, kejiranan dan Facebook rasmi sekolah berkaitan cuti tersebut.Unit HEM mengambil inisiatif untuk membuat memo di pintu pagar sekolah serta hadir awal pagi Jumaat demi memastikan murid yang tidak mendapat maklumat supaya tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Pejabat dan kakitangan sekolah adalah dibuka dan bekerja seperti biasa.
Ini merupakan kejadian kali ke-2 sekolah diarah tutup. Kejadian pertama sekolah diarah tutup 3 hari pada tahun 2013 juga disebabkan jerebu. Dimaklumkan bahawa cuti ini akan digantikan pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak JPS.
Unit HEM menasihatkan murid & ibu bapa supaya menjaga kesihatan & banyakkan minum air suam bagi mengelak daripada sakit. Unit HEM juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menyebarluas maklumat yang disampaikan.

PEMERIKSAAN PAM AIR KALI KE-2 OLEH JKR

Pihak JKR (Mekanikal) Selangor telah sekali lagi hadir ke SK Sementa untuk membuat pemeriksaan terhadap pam air sekolah pada 13 Mac 2014. 2 orang kakitangan telah hadir melakukan pemeriksaan & siasatan ke atas pam air rosak  yang dilaporkan oleh pihak sekolah.
Hasil siasatan awal mendapati 1 unit relay penal kawalan dan 1 unit pelampung rosak. Selain itu, ketiadaan air yang selalu dialami di tandas blok C kemungkinan berpunca daripada kegagalan pam air mengepam secara serentak ke dua arah, iaitu arah blok C & blok lain. Apabila aliran air terbahagi 2, kanan & kiri, air banyak mengalir ke arah kiri pada masa sama sangat kurang ke arah kanan. Masalah ini mungkin boleh di atasi sementara dengan menukar sistem pam daripada automatik kepada manual. Pihak JKR juga dimaklumkan bahawa sistem aliran air di seluruh SK Sementa telah lama serta uzur dan terlalu banyak sambungan.
Pihak JKR akan mengeluarkan laporan lengkap serta pelan kepada pihak sekolah & PPD dalam masa terdekat.
Harapan kami agar semua pihak bersabar dan memahami masalah yang sedang dihadapi pihak sekolah. Ibu bapa serta masyarakat setempat dialu-alukan sekiranya yang mempunyai idea & boleh menyumbang sesuatu dalam menangani masalah ini.

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK GPK HEM DAERAH KLANG & TAKLIMAT SKIM INSURAN SPAD








Tarikh : 10 & 11 Mac 2014 (Selasa & Rabu)
Tempat : SMK Pulau Indah
Masa : 8pg - 4 ptg

Pada 10 & 11 Mac telah diadakan Bengkel Perancangan  Strategik & Taklimat Insuran SPAD di SMK Pulau Indah, Klang. Bengkel & taklimat tersebut dianjurkan oleh PPD Klang. Ucaptama prgram telah disempurnakan oleh En. Badrulhisham B Mokhtar (Pen. PPD - Sektor Kemanusiaan). 
Bengkel selama dua hari memberi pendedahan kepada GPK HEM daerah Klang berkaitan pembinaan Perancangan Strategik 2014-2016. Selain itu diselitkan juga dengan taklimat Insuran SPAD.

5 April 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35












Mesyuarat Agung PIBG SK Sementa telah diadakan pada 9 Mac 2014 (Ahad) bertempat di Dewan Bestari. Kehadiran ibu bapa penjaga murid agak memuaskan. Majlis dimulakan dengan taklimat berkenaan VLE frog kepada ibu bapa yang dikendalikan oleh Pn Mahani & Cik Rozani.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pemangku YDP PIBG sesi 2013/2014, EnMuhammad Fadzil B Sahrudin & Tn Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi. Disusuli ucapan Perasmian oleh wakil Dato' Faizal B Abdullah , Tn Hj Azhar, Naib Ketua Umno Bahagian Kapar. Dalam ucapannya Tn Hj Azhar menekankan akan kepentingan ibu bapa memahami tugas guru serta peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk kebaikan sekolah dan anak-anak.
Ini diikuti penyampaian cenderahati serta sijil penghargaan kepada murid yang berjaya mendapat 5A & 4A dalam UPSR 2013.
Majlis diteruskan dengan laporan & pembentangan aktiviti serta kewangan PIBG sesi 2013. Sesi perbincangan usul dan cadangan mengisi slot seterusnya dengan penglibatan beberapa orang ibu bapa dalam memberikan pandangan dan cadangan positif kepada pihak sekolah.
Agenda terakhir adalah lantikan JK PIBG bagi sesi 2014/2015. Berikut senarai penuh JK PIBG yang dilantik :
YDP : EN MUHAMMAD FADZIL B SAHRUDIN
NYDP : EN. ZUKERNAIN B WOOK
S/U KEHORMAT : EN NOOR AZAM B OSMAN
PEN S/U : PN NONI AZREEN BT MOHD
BENDAHARI KEHORMAT : PN NOORLIZA BT JAMALUDIN
AJK (IBU BAPA) :
1. EN ROSMAN B IMBI
2. EN WAN SHAHRIL SHAM B DAHLAN
3. EN RAZMAN B BAAI
4. EN ROSLAN B MAAROF
5. EN SHAMSUL BAHRIN B ABD MANAN
6. PN ARYENTI BT ARIPIN
7. PN SHAZURA BT MOHD KHAWARI
8. PN NOR AINI BT MOHAMAD
AJK (GURU) :
1. EN HASANUDDIN B MISDAR
2. PN HJH HASLINDA BT IDERUS
3. PN MAHANI BT HAMIDON
4. PN ZAIDAH BT MANAF
5. PN FAZLIANI BT KHALID
6. PN SITI MUBARAKAH BT MUHAMMAD TARMUDI
7. PN HASLINDA BT BAHARUDIN
8. PN NORASIAH BT ABD RAHMAN
JURUAUDIT (DALAMAN) :
IBU BAPA : EN ROZAINUDIN B BUANG
GURU : EN HAFIZULLAH B MOKHTAR