9 July 2015

Buku-buku pelaporan di bawah Unit HEM


Beberapa buku laporan disediakan oleh Unit Hem. Setiap buku mempunya fungsi sebagai catatan atau laporan guru.
1. Buku Kawalan Kelas (BKK)
merekod pergerakan guru dan murid dalam bilik darjah/catatan ketidakhadiran/disiplin

2.Jadual & catatan guru - Program Amalan Guru Penyayang - menyambut murid dipintu pagar
Jadual giliran bertugas guru menyambut murid di pintu pagar dan catatan berkaitan

3.BUKU KEHADIRAN LEWAT
Mencatat nama murid yang hadir lewat ke sekolah 
1. Buku laporan 5 :
  1. Laporan harian - catatan peristiwa berlaku setiap hari - lawatan, aktiviti, kecederaan
  2. Laporan Perhimpunan Mingguan - catatan perhimpunan
  3. Laporan Kantin - pelaporan kebersihan kantin dan makanan
  4. Laporan RMT - pelaporan aktiviti RMT/makanan/bil. murid
  5. Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas - Penilaian kebersihan dan keceriaan kelas

8 July 2015

PEMANTAUAN MAKANAN DI KANTIN









Pemantauan Kantin Sekolah telah dilaksanakan oleh AJK Unit Kantin diketuai oleh Pn Razila bersama-sama PK HEM pada 30/1/2015. Antara perkara yang diberikan perhatian serius dalam pemantauan tersebut ialah aspek penyediaan, kebersihan, kualiti dan harga makanan. 
Selain pemantauan berkala kendiri, pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pengusaha mematuhi prosedur dan amalan penyediaan makanan bagi mengelakkan kes seperti keracunan dan sebagainya.
Pihak JK Kantin juga membuat teguran dan nasihat kepada pengusaha dan pekerja kantin pada bila-bila masa dirasakan perlu berdasarkan aduan & laporan daripada murid dan guru.
Untuk makluman Kantin SK Sementa telah mendapat Gred B dalam pemantauan dan penilaian oleh MPK pada 2014. 
Usaha ini perlu diteruskan bagi memastikan kesihatan dan kebersihan makanan sentiasa terjamin.

MESYUARAT UNIT DISIPLIN & PENGAWAS BIL 1/2015



Mesyuarat Unit Disiplin & Pengawas bil. 1/2015 telah diadakan pada 29/1/2015. Mesyuarat telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi. Dalam Ucaptamanya Pn Hjh Mazanah berharap agar disiplin murid dapat dipertingkatkan. Murid yang berdisiplin dapat membantu meningkatkan kualiti pencapaian akademik murid terutama tahun 6 selari dengan PPPM.
Mesyuarat yang turut dihadiri oleh PK HEM dan Ketua Unit Disiplin, En Shamrizal Fauzi dan Ketua Unit Pengawas turut membincangkan tentang perancangan aktiviti, Sistem merit dan pelbagai isu lain. 
Setinggi penghargaan kepada Guru Besar & JK Unit Disiplin & pengawas yang dapat memberikan komitmen tinggi dalam merancang pelbagai aktiviti dan inisiatif untuk keperluan murid SK Sementa.

MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN GURU & STAF 2015




Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Guru & Staf (BAKES) SK Sementa telah diadakan sejurus selesai Kejohanan Merentas Desa pada 24/1/2015. Mesyuarat tahunan ini dianjurkan oleh JK BAKES bagi sesi 2014/2015.
Mesyuarat bermula jam 11.30 pagi. Ucaptama oleh Penasihat BAKES, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi. Pengerusi BAKES sesi 2014/2015 mengendalikan perjalanan mesyuarat bersama Jawatankuasa yang dilantik membentang laporan aktiviti dan kewangan. Beberapa perbincangan berkaitan usul dan candangan juga diputuskan dalam mesyuarat tersebut. 
Mesyuarat diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada ahli yang melangsungkan perkahwinan, berpindah & menerima musibah. Mesyuarat diakhiri dengan jamuan makan tengahari. Terima kasih kepada JK BAKES 2014/2015 yang aktif dan prihatin sepanjang 2014.

PAS KELUAR/MASUK KELAS




Unit Keselamatan & Kebakaran telah mewujudkan pas keluar/masuk kelas bagi kegunaan murid. Pas ini diwujudkan untuk mengawal pergerakkan murid keluar dan masuk kelas.Ssebagai contoh jika murid hendak ke tandas atau berjumpa guru mereka perlu memakai pas tersebut. Kegagalan memakai pas tersebut, murid boleh dikenakan tindakan sama seperti murid yang ponteng kelas. 
Setiap kelas akan dibekalkan dengan 2 set pas berwarna kuning. Manakalan setiap guru akan dibekalkan 1 set pas warna merah untuk kegunaan tambahan jika tidak mencukupi. 
Kaedah ini diharap dapat membantu menangani masalah disiplin murid.
Syabas kepada Unit Keselamatan & Kebakaran dibawah kendalian En Ibni dan Pn Normalisa.

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG : Tangan dihulur, menyambut kedatangan anak murid ke sekolah















Program Amalan Guru Penyayang merupakan merupakan satu program yang diperkenalkan oleh KPM hampir 4 tahun yang lalu. Program dibawah kendalian Unit Bimbingan & Kaunseling ini mensasarkan agar murid-murid sekolah berminat & sayang untuk ke sekolah. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi memenuhi objektif program ini, antaranya menyambut kehadiran murid dipintu pagar, menyambut harijadi murid dan penghargaan kepada murid.
Unit HEM melalui Unit B & K telah membuat penjadualan giliran guru untuk aktiviti menyambut kehadiran murid ini. Alhamdulillah sejak minggu ke 2 sekolah dibuka iaitu pada 12/1/2015 hingga awal Februari guru-guru SK Sementa telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap prirogram ini sama ada sesi pagi ataupun petang seawal pukul 6.50 pagi dan 12.30 tengahari.
Terima kasih pihak Unit HEM ucapkan kepada semua guru yang menyedari kepentingan keperluan fisiologi murid. Moga aktiviti ini berterusan dan mencapai matlamat dan objektifnya.



7 July 2015

Kejohanan Merentas Desa & Larian Anti Dadah SK Sementa







Kejohanan Merentas Desa & Larian Anti Dadah Peringkat SK Sementa telah diadakan pada 24/1/2015 (Sabtu). Kejohanan ini telah dianjurkan bersama Unit Ko-kurikulum & Unit PPDa. Larian bermula seawal pukul 9.00 pagi. Peserta dilepaskan mengikut ketegori masing-masing iaitu P4, L4, P5, L5, P6 dan L6.
Seramai lebih kurang 900 orang murid dalam larian ini yang dianjurkan setiap tahun bagi mencungkil dan memilih atlit merentas desa sekolah ke Kejohanan MSSD Klang yang akan d adakan di SK Bukit Kapar
Trek larian adalah disekitar kampung Sementa. Peserta terawal yang berjaya menapatkan larian adalah adik M Alif Haikal dengan catatan masa 23 minit. 
Kejohanan ini juga telah mendapat kerjasama daripada Polis Trafik IPD Klang Utara. Pesreta kemudiannya berkumpul di dewan terbuka untuk majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh YDP PIBG. 
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan tersebut.

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG : MAJLIS RINGKAS HARIJADI GURU BESAR & MURID LAHIR BULAN JANUARI


Satu majlis ringkas sempena menaraikan ulangtahun Pn Hjh Mazanah (Guru Besar) bersama beberapa orang murid yang lahir pada bulan Januari telah diadakan pada 21/1/2015. Guru Besar dan murid berkenaan sama-sama memotong kek harijadi sebagai simbolik majlis. Kek telah disumbangkan oleh beberapa orang guru sk sementa. Majlis ini adalah salah satu aktiviti Program amalan guru penyayang yang menghargai murid.
Disamping itu, pihak pentadbiran juga ada menyediakan majlis ringkas harijadi guru besar.

6 July 2015

Ziarah Silaturrahim pentadbiran SK Sementa ke SRA Sementa, SRA Kg Perepat & Baitul Hasanah


Satu sesi ziarah Silaturrahim diantara pentadbiran SK Sementa dan SRA Sementa, SRA Kg Perepat dan Baitul Hasanah telah diadakan pada 20 Januari 2015. Pentadbiran SK Sementa diketuai oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Mazanah bersama Pn Hjh Radiah (PK Pentadbiran) & En Faridzul (PK HEM) telah berkesempatan untuk bertemu pentadbir di sekolah agama berkenaan dan pengurusan Baitu Hasanah.
Antara perkara yang menjadi agenda ialah mewujudkan persefahaman diantara ketiga-tiga institusi pendidikan dalam bidang kurikulum, HEM dan kokurikulum. Selain itu, perbincangan juga berkisarkan masalah-masalah berbangkit dan aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama.
Syabas pentadbir SK Sementa yang memulakan langkah awalan menghulur salam kepada rakan setugas di sekolah lain.

LADAP KO KURIKULUM BERSAMA PN DAYANG FATIMAH




Latihan dalam perkhidmatan (LADAP) kali 1 telah diadakan pada 17 Januari 2015 (Sabtu). Ladap khas kali ini adalah bertajuk Pengurusan Ko kurikulum bersama Pn Dayang Fatimah Bt Awang Gobil (PK Ko kurikulum) SK Sementa.
Ladap bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 1 petang. Banyak info dan maklumat terkini berkaitan ko kurikulum yang telah disampaikan secara bergilir bersama Pn Datyang dan JK Ko kurikulum, Pn Siti Saluah. Moga menjadi panduan kepada semua guru untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum di SK Sementa.