31 March 2014

Demonstrasi Cara Menggosok Gigi dengan betul




Demonstrasi menggsosok gigi dengan cara yang betul telah diadakan pada 17-21 Mac 2014. Ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Progra pemeriksaan & rawatan pergigian yang telah berlangsung sejak awal bulan Februari.
Kelihatan Staf Nurse Jeeva bersama kakitanganya sedang menunjukkan demonstrasi menggosok gigi yang betul. 
Terima kasih kepada pihak PKD Klang yang memberikan kerjasama dalam memberikan perkhimatan pergigian kepada semua murid SK Sementa.

24 March 2014

SELAMAT BERSARA PN NORMAH! KAMI SAYANG PN NORMAH!







Exlusive hanya di Majlis Persaraan Pn Normah Bt Sohod! "Kami Sayang Pn Normah"-begitulah kata-kata syahdu yang berjaya menitiskan air mata Pn Normah.
Pada 5/3/2014 (Rabu) telah diadakan Majlis Persaraan Pn Normah Bt Sohod, Pembantu Tadbir N22 SK Sementa. Majlis tersebut adalah anjuran Badan Kebajikan Guru & Staf SK Sementa (BAKES) Majlis bermula pada pukul 12 tengahari. Suami Pn Normah, Tn Hj Solehan B Remot (Mantan Pegawai PPD Klang) turut serta hadir memeriahkan sambutan majlis persaraan isterinya.
Jarang-jarang kita melihat staf sokongan pejabat sekolah diraikan dalam satu majlis khas bersama guru & murid, tetapi di sini jawatan & gelaran tidak menjadi halangan.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar, Pengerusi BAKES, Ketua kerani, wakil murid  dan seterusnya Pn Normah sendiri. Majlis diteruskankan dengan deklamasi sajak oleh pengawas & persembahan medley oleh murid tahun 4 & 5. Ini disusuli dengan menyampaian cenderahati oleh Pentadbir, unit HEM, Kakitangan pejabat, BAKES dan guru-guru.
Sesi kedua berlangsung di Dewan Bestari dimana diadakan majlis jamuan perpisahan. Pada majlis tersebut Pn Normah memotong kek harijadi yang ke 56. Majlis diselangselikan dengan tayangan video eksklusif Pn Normah.
Pn Normah telah memulakan kerjayanya bersama KPM pada tahun 1979 sebagai jurutaip. Banyak jawatan-jawatan lain yang disandangnya sehinggalah jawatan terakhir sekarang. Beliau telah berkhidmat hampir 35 tahun. di SK Sementa sahaja 13 tahun bermula tahun 2011. Moga majlis yang diadakan menjadi kenangan paling indah bagi puan Normah sepanjang bertugas sebagai kakitangan awam. Sebagai seorang yang berpengalaman dan senior, Pn Normah sangat dihormati, disenangi oleh guru, kakitangan serta warga sekolah. Seorang yang berdedikasi, mempunyai sifat keibuan dan mesra dengan semua orang. 
Dikesempatan ini, Unit HEM ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Pn Normah atas jasa bakti beliau dalam membantu menyediakan pelbagai dokumen berkaitan HEM. Unit HEM juga menyusun sepuluh jari memohon ampun andai ada pelakuan & tutur kata yang menyinggung sepanjang berkhidmat bersama Pn Normah. Harapan agar Pn Normah lebih bahagia & ceria bersama keluarga tersayang. TERIMA KASIH PN NORMAH!!!!











8 March 2014

MAJLIS BACAAN YAASIN BULANAN




Tarikh : 28/2/2014 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Lestary
Majlis Bacaan Yaasin Bulanan telah diadakan pada penghulu segala hari, Jumaat yang lalu. Majlis ini melibatkan semua guru, kakitangan & murid-murid tahun 4, 5 & 6. Aktiviti rutin penghujung bulan ini bertujuan memohon keberkatan serta rahmat daripada Allah Subhanahuwataala agar SK Sementa dilindungi dari segala ancaman bahaya & selamat serta dijauhi bala bencana seperti penyakit demam denggi yang menular, keadaan jerebu & diturunkan hujan.
Majlis ini juga menjadi aktiviti mendidik rohani anak-anak.
Moga doa & usaha mulia ini diterima olehNya... Kredit buat Panitia Pendidikan Islam.

PEMERIKSAAN MENGEJUT PIHAK PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) KLANG




Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang telah membuat pemeriksaan mengejut ke SK Sementa pada 27 Februari 2014 (Khamis). Pasukan Pemeriksa seramai 4 orang telah minta kebenaran daripada pihak sekolah untuk membuat 'spot check' berkaitan Vektor (Aedes), Kantin, Makanan seimbang, Keselamatan & rokok.
Pasukan Pemeriksa mengambil masa 1 jam 30 mint untuk membuat pemeriksaan dan membentang hasil laporan kepada Tn Guru Besar.
Pihak PKD mengingatkan pihak sekolah tentang bahaya nyamuk aedes & wajib dibenteras demi kepentingan bersama. Selain itu pihak pengusaha kantin juga ditegur berkaitan kebersihan tempat menyedia & memasak serta penyediaan makanan yang berkhasiat berdasrkan kepada buku panduan pengurusan kantin.
Moga semua pihak peka & prihatin terhadap perkara tersebut.

3 March 2014

MESYUARAT GURU KALI KE 2



Tarikh : 26.02.2014 (Rabu)
Masa : 12.30 tgh
Tempat : Dewan Bestary

Memasuki  suku tahun yang ke 2, telah diadakan satu mesyuarat guru. Mesyuarat tersebut antara lain membincangkan JK Mesyuarat Agung PIBG, taklimat unit oleh GPK dan peringatan, teguran & nasihat berkaitan tanggungjawab & tugas sebagai seorang guru.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hassanudin B Misdar. Awal bicara dimulakan oleh Tn Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi. Ini diikuti makluman unit oleh Pn Hjh Radiah (PK Pentadbiran), En Faridzul (PK HEM), Pn Dayang Fatimah (PK KoKurikulum) dan Pn Hamidahton (PK Petang).
Majlis diteruskan dengan  penerangan ringkas oleh Pengerusi BAKES, Pn Razila Bt Kasmin berkaitan Majlis Persaraan Pn Normah Bt Sohod (Pembantu Tadbir) pada 5 Mac 2014.
Moga segala maklumat, teguran, ingatan & nasihat dijadikan iktibar & diterimapandang dengan positif oleh warga pendidik SK Sementa.

(GEMPAR) DUTCH LADY & BERITA HARIAN DI SK SEMENTA







Sekolah Kebangsaan Sementa sekali lagi mendapat perhatian syarikat kesihatan Dutch Lady yang berkolaborasi dengan NSTP melalui akhbar Berita Harian. Kerjasama 2 syarikat ini telah mendapat kebenaran daripada pihak Kementerian Pendidikan (KPM) & Jabatan Pendidikan Selangor (JPS).
Melalui langganan akhbar Berita Harian setiap hari Isnin yang mempunyai sisipan Didik, kedua-dua pihak merancang program & pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan kepada murid tahun 4, 5 & 6. Selain itu murid juga diberikan minuman susu dutch lady secara percuma & pelbagai cenderahati seperti penanda buku & buku memo. Moga banyak lagi syarikat yang akan tampil untuk mempelbagaikan pembelajaran di sekolah bagi menarik minta murid.

PERJUMPAAN & PERBINCANGAN BERSAMA PENGUSAHA BAS & WAKIL IBU BAPA




Satu perjumpaan & perbincangan bersama Pentadbir Sekolah, Wakil Pengusaha Bas, Wakil Ibu Bapa & Pihak PIBG (En Fadzil - Pemangku YDP PIBG) telah diadakan pada 24.2.2014 (Isnin) pada pukul 3.30 petang di Makmal ICT.
Perjumpaan ini adalah respon kepada memorendum yang disampaikan oleh sebahagian daripada pengusaha bas & ibu bapa.
Pihak Pentadbir Sekolah diketuai oleh guru besar bersifat terbuka dengan pandangan pengusaha bas & wakil ibu bapa. Antara lain perbincangan berkaitan waktu pulang sekolah yang terlalu lewat. Perbincangan yang mengambil masa 1 jam setengah itu juga membincangkan perkara-perkara lain berkaitan keselamatan murid pergi & balik sekolah.
Alhamdulillah satu keputusan yang positif telah dicapai melalui perbincangan tersebut, Bagi pihak Pentadbir sekolah, Guru Besar mengucapkan penghargaan & terima kasih kepada wakil pengusaha bas & ibu bapa yang hadir. Ini merupakan perbincangan ilmiah yang pertama yang boleh merapatkan hubungan sekolah, ibu bapa & masyarakat setempat. Semoga perkara ini akan dapat diteruskan di masa akan datang sebagai satu budaya sihat & memenuhi tuntutan sarana ibu bapa serta dapat membantu memajukan sekolah.

LAWATAN TAPAK OLEH PIHAK CIMB HQ

Lawatan tapak oleh pihak CIMB Foundation HQ ke SK Sementa telah diadakan pada 24.2.2014. Wakilnya bersama pihak CIMB Bank Cawangan Kapar telah turun padang memantau perkembangan Gelanggang serbaguna. Pihak CIMB Foundation mendapati ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki & dibina semula ke atas gelanggang tersebut. 
Selain itu, pihak CIMB Faundation telah memberik penerangan kepada pihak pentadbir sumbangan yang boleh diberikan oleh pihaknya kepada sekolah. Semoga sekolah mendapat manfaat atas kerjasama ini.