19 June 2013

Don't Judge a Book by Its Cover


Mari sama-sama menghayati video ini. Mungkin dapat jadikan panduan bagi membantu guru untuk mendidik murid, terutama yang lemah.

18 June 2013

KURSUS PENGURUSAN SEKOLAH (HEM) OLEH IAB











Institut Aminuddin Baki (IAB) bersama PPD Klang telah mengadakan kursus Pengurusan (HEM) untuk GPK HEM Daerah Klang. Kursus berlangsung 4 hari dari 23 hingga 26 April 2013 di Bilik Mesyuarat Utama PPD Klang. Kursus telah dihadiri seramai 34 orang GPK HEM terpilih di dalam daerah Klang.
Pelbagai aktivit penyebaran ilmu pengurusan & kepimpinan, isu-isu semasa serta perkongsian maklumat diperolehi melalui kursus ini. Kursus dikendalikan oleh 2 orang pegawai dari IAB yang cukup berpengalaman dalam pengurusan HEM Alhamdulillah kursus berlangsung dengan jayanya. 
Majlis penutup telah disempurnakan oleh En Badrulhisham B Mokhtar, Pen Pegawai PPD (Kemanusiaan). Terima kasih IAB, terima kasih PPD Klang.

13 June 2013

Kes Kecurian di SK Sementa







Terkejut menerima aduan daripada pengawal keselamatan bertugas, mengatakan penutup tangki septik hilang. Admin bersama-sama penyelia syarikat keselamatan (Jordan Ent.) sekolah segera menyiasat aduan tersebut. Sah 6 penutup tangki septik sekolah hilangan. 
Setelah perbincangan dibuat, Pihak pengawal keselamatan membuat laporan polis di Balai Polis Sg Kapar Indah pada 22 April 2013.
Seminggu selepas kejadian tersebut, pihak sekolah sekali lagi menerima kejutan kehilangan 31 kepala paip dibilik wudu' blok N. Ini seterusnya memberi masalah besar bagi murid-murid untuk solat.
Kedua-dua kejadian tersebut telah diadukan bersama dalam mesyuarat JK PIBG. Berdasarkan kepada bukti nyata didapati pagar dibelakang blok A telah dikoyakkan 7 terdapat kesan tapak kasut pada lopak air berhampiran, ini mungkin perbuatan pihak luar yang menceroboh masuk kawasan sekolah. Antara cadangan awal mengatasi masalah ini adalah dengan mewujudkan lampu jalan di belakang kawasan Blok A & N. Selain itu membina grill di laluan naik blok N. 
Pihak pengawal keselamatan juga diminta untuk meningkatkan kawalan terutama waktu malam.
Sama-sama kita berdoa agar perkara ini tidak berulang lagi

Tak suka Makan Nasi Arab??? Try dulu di SAM HADRAMAWT RESTOREN, PJ






berehat seketika dari Hal Ehwal sekolah.....Admin nak berkongsi selera nasi arab yang best...restoran SAM Hadramawt di Jalan SS6/12 Kelana Jaya, Petaling Jaya. (boleh guna papago, gamin,syngic atau google map-ikut suka).
Restoren x besar tapi bila citer rasa memang ummmphhhh lah....(padahal admin belasah jerrr..janji halal). adik yang syorkan ke restoren ni, dapat discount harga dari pakej Groupon.
OK la, berbaloi dengan harga..Yang penting makan ramai-ramai bersama keluarga....

12 June 2013

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Zon A Daerah Klang





Pertandingan : Pidato Bahasa Melayu Zon A daerah Klang
Tarikh : 18 April 2013
Tempat : SK Sementa
Peserta : 15 orang
5 peserta terbaik : SK Sg Binjai, SK Batu Belah, SK Sementa, SK Bukit Kapar &SK ACS

Pertandingan telah bermula pada jam 9 pagi. peserta dikehendakki melaksanakan 2 tugasan, pertama pidato dengan teks sendiri. Tugasan kedua, pidato secara spontan. 5 peserta terbaik akan melangkah ke peringkat akhir yang akan diadakan di SK Bukit Kemuning.
Tahniah kepada JK Penganjur & Panitia Bahasa Melayu serta para pemenang.

Air oh air....selesai juga akhirnya masalah air.....



Warga sekolah menarik nafas lega setelah pam air yang rosak sejak Ogos 2012 telah dibaiki. Pihak Kontraktor bertanggungjawab yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Selangor telah menukarkan salah satu pam yang rosak pada 15 April 2013. 
Bayangkan 2000 pengguna menggunakan air dalam masa satu hari bagi tujuan mengambil wudu' & buang air dengan menggunakan 1 pam air sahaja. Seringkali tangki kehabisan air dalam masa yang singkat.
Diharap warga sekolah mensyukuri nikmat air & berjimat cermat menggunakannya.

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRA SEKOLAH 2014 DIBUKA


Makluman kepada ibu bapa & penjaga murid yang berminat. Permohonan dibuka mulai 1 Jun hingga 30 Ogos 2013. Borang permohonan boleh diperolehi daripada pejabat sekolah. Maklumat tambahan, sila layari laman web PPD:  http://www.moe.gov.my/ppdklang/v4/