3 April 2013

GERAI RMT BERWAJAH BARU...LEBIH CERIA & MENYELERAKAN....

Gerai RMT yang lebih ceria & ditambah baik seiring dengan keceriaan kantin

Murid-murid Tahun 1 membaca doa sebelum makan sambil dipantau oleh guru

Makanan disediakan dalam bekas yang baru & bersih

Murid RMT menzahirkan perasaan gembira & berselera menikmati juadah masing-masing




Program Rancangan Makanan Tambahan(RMT) bagi tahun 2013 telah dilaksanakan sejak hari pertama persekolahan iaitu 2.1.2013. Seramai 147 orang murid warganegara yang memohon layak. Mereka terdiri daripada tahun 1 hingga 6 yang mempunyai rekod pendapatan keluarga kurang RM460 atau perkapita RM110. RMT bertujuan memberikan bantuan kepada murid miskin untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat & seimbang setiap hari. Selain itu RMT dapat meringankan beban keluarga membekalkan anak dengan wang saku, secara tidak langsung dapat membantu murid belajar tanpa gangguan. Perkara ini penting bagi memastikan murid berjaya seperti rakan mereka yang lain.
JK Pengurusan RMT yang diketuai oleh Pn Zaidah telah menerima & memproses borang, mengadakan mesyuarat JK melaksanakan urusan pengagihan makanan bersama pihak kantin (pembekal makanan). Murid-murid dikehendakki mengambil makanan yang disediakan pada waktu rehat setiap hari. 
Jadual menu, guru bertugas, senarai murid juga dipaparkan di papan kenyataan di kantin. Murid juga dimestikan mematuhi peraturan dan mengamalkan adab makan. Murid-murid juga telah diberikan penerangan tentang pentingnya pengambilan makanan RMT setiap hari & mensyukuri nikmat yang diberi. Pemantauan juga dibuat setiap hari bagi memastikan murid, guru & pembekal makanan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan melalui buku laporan RMT harian & Buku Kehadiran Murid RMT.  Syabas & tahniah kepada JK Kantin.....Moga banyak lagi penambahbaikan & program lain yang dapat membantu memberikan kesedaran kepada murid RMT....InsyaAllah SKS BOLEH!

No comments:

Post a Comment