FASA AWAL : NOVEMBER - DISEMBER 2013
Laluan Masuk Utama Murid dihiasi pokok hiasan |
Pondok Bacaan yang dicat baharu |
Landskap di sebelah pondok keselamatan |
Sinki khas murid RMT di kantin |
Lukisan mural baharu di Pra Sekolah |
Lukisan mural bersebelahan bilik SPBT |
Lukisan Mural dilaluan murid Bilik Pemulihan |
Lukisan mural baharu 1M1S disebelah stor sukan |
Salah satu resipi kejayaan murid ialah keceriaan sekolah. Dengan persekitaran yang bersih & ceria, dapat menarik minat murid hadir ke sekolah seterusnya berasa seronok untuk belajar. Unit HEM melalui Unit Kebersihan Kelas & Keceriaan telah merancang beberapa siri program keceriaan. Antaranya ialah aktiviti keceriaan kawasan. Melalui aktiviti ini, guru-guru telah dibahgikan kepada lebih 30 kawasan keceriaan disekitar sekolah.
Aktiviti ini telah dilancarkan pada bulan November 2013. Bermula dengan penghasilan mural 1M1S berhampiran Stor Sukan, guru-guru bekerjsama memastikan aktiviti ini berjaya seperti yang diharapkan.
Aktiviti sepanjang tahun ini dibahagiakan 4 fasa.
Fasa Awal (November - Disember 2013)
Fasa 1 (Januari - April) : Pemantauan 20/3/2014
Fasa 2(Mei - Julai) - Pemantauan 26/5/2014
Fasa 3(Ogos-November) - Pemantauan 11/9/2014
Gotong royong Perdana : 15/3/2014 (PIBG & Ibu Bapa)
Gotong royong Perdana : 15/3/2014 (PIBG & Ibu Bapa)
Disamping menceriakan kawasan sekitar, aktiviti ini juga dapat membantu unit-unit dibawah Unit HEM membuat persiapan menghadapi pertandingan Anugerah HEM PPD Klang.
FASA 1 : JANUARI - APRIL
Membersih dinding di Dataran Bestari oleh Pn Nurizan & Pn Khadijah |
Membuat lapisan cat 'undercoat' oleh En Rahim & Pn Nurizan |
Mengecat lapisan undercoat di Taman Herba oleh En Fauzi |
Membersih lumut & merumput oleh Pn Ayuni & Pn Norliza |
Cat semula pagar lorong PPDa oleh Pn Irani |
Mengemaskini carta & papan kenyataan PPDa |
'Touch up' mural di tandas oleh Pn Rafeah |
Melukis mural baharu depan bilik kesihatan oleh Pn Mahida & Pn Norhidayah |
Mengikis cat di Dewan Bestari oleh Pn Maizatul & Pn Mazliayana |
Campuran toner cat bagi menghasilkan warna terbaik |
Melukis mural baharu tandas guru blok A oleh Pn Roslina, Pn Wawa & Cik Jenny |
Mengecat semula pondok bacaan oleh Pn Noraida & Pn Siti Azizah |
Mengecat Pondok Bacaan oleh Pn Mahani & Pn Hamidah |
Menulis mutiara kata di dinding blok B oleh Pn Khadijah & Pn Suryani |
Aktiviti
keceriaan Fasa 1 telah berlangsung pada 22.2.2014(Sabtu). Guru-guru yang
berkelapangan & tidak terlibat dengan aktiviti kelas tambahan tahun
5, Motivasi tahun 6 & LADAP BI bersama-sama bergotong-royong
membersih & menceriakan kawasan masing-masing. Ada yang membersih
cat-cat lama, membuat lapiasan undercoat, melukis mural baharu, membuat
sentuhan semula mural lama & mengemaskini bilik-bilik khas &
lorong. Aktiviti ini akan berterusan sehingga kawasan-kawasan tersebut bersih & ceria. Guru-guru boleh membuat aktiviti ini pada bila-bila masa. Diharap semua guru dapat memberikan kerjasama & berusaha mempersiap & memperindah kawasan masing-masing. Unit HEM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada semua guru & kakitangan sekolah yang hadir pada hari tersebut. Unit HEM juga menyediakan hadiah untuk 5 kawasan terbaik kepada guru-guru. Terima kasih juga kepada JK Kebersihan & Keceriaan yang diketuai oleh Pn Roslina & Pn Nurizan serta AJK yang bertungkus lumus merancang aktiviti keceriaan sepanjang tahun.
No comments:
Post a Comment