24 August 2017

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH


TARIKH : 6/2/2017
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN LESTARI
PERASMI : TN INSPEKTOR NASWANAJID B SALLEH

Program Pelancaran Jom ke sekolah & Peti Aduan murid telah dilancarkan serantak seluruh negara pada 6/2/2017.

Program anjuran bersama KPM dan PDRM ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan ke sekolah.

Selain itu program ini dilakasanakan bagi memberi kemudahan kepada murid untuk membuat aduan kepada saluran yang betul. Unit Disiplin, Unit Bimbingan Kaunseling, Unit Aduan, Unit PPDa  dan Unit Keselamatan telah merancang aktiviti bersesuaian sepanjang tahun bagi memastikan program tersebut terlaksana.





Semoga dengan penganjuran program kali ini mampu menyuntik semangat dan motivasi dalam diri murid-murid untuk sentiasa bersemangat dan seronok ke sekolah. 

LAWATAN PENANDA ARAS UNIT PPDA SK SEMENTA

AKTIVITI : LAWATAN PENANDA ARAS PPDa KE SK MERU

TARIKH : 20/2/2017

MASA : 10.00 PAGI

TEMPAT : SK MERU, JALAN TAP

Unit PPDa SK Sementa telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SK Meru.  Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat & pengalaman SK Meru. SK Meru dipilih kerana pencapaian di peringkat daerah & negeri.  Seramai 7 orang guru PPDa terlibat bersama PK HEM, Encik Faridzul Azwan bin Kamaruddin.






Terima kasih diucapkan kepada pihak Sk Meru Jalan Tap kerana sudi menerima kunjungan dan berkongsi idea dan ilmu kepada kami.

MAKANAN YANG DILARANG DAN BOLEH DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH

Tahukah tuan/puan bahawa terdapat jenis-jenis makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah?
Makanan yang di larang di jual ini telah di masukkan ke dalam Garis Panduan Kantin Sekolah Sihat yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Sesekali cuba tengok di kantin sekolah anak-nak tuan/puan masih adakah makanan sebegini di jual untuk anak-anak kita.

Ayuh mari sama-sama ambil peduli dan sama-sama bantu untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan pemakanan sihat untuk kanak-kanak. Lets fight obesity 💪🏽
Healthy Children, Healthy Nation

#tipsnutritionist #nutritionistatwork #communitynutritionist #letsfightobesity #thisisehatwedo #letsdoittogether





























SUMBER : FACEBOOK