26 June 2014

KURSUS MEMBINA BAHAN BANTU MENGAJAR







Pada 5 April yang lalu telah diadakan kursus membina bahan bantu atau bahan sumber. Kursus telah dihadiri hampir semua guru SK Sementa. Para guru telah dibahgikan mengikut matpelajaran. Antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Agama & Bahasa Arab.
Kursus bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 12.30 tengahari.
Terserlah kretiviti guru-guru dalam menghasilkan bahan bantu yang berkualiti bagi kegunaan semasa PdP. Moga usaha yang murni ini dapat diteruskan seterusnya dapat menjimatkan wang dan mengeratkan hubungan sesama guru....InsyaAllah...

MESYUARAT PENTADBIR BERSAMA PEKERJA PEMBERSIHAN




Pada 4 April 2014 telah diadakan mesyuarat bersama pentadbir dan pekerja pembersihan. Mesyuarat tersebut telah diadakan di pejabat dengan dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, Hjh Mazanah Bt Dawi.
Antara intipati mesyuarat adalah membincangkan bidang tugas setiap pekerja, kawasan dan permasalahan yang timbul.
Mesyuarat berlangsung dengan harmoni. Dengan bantuan pekerja pembersihan, diharap SK Sementa akan sentiasa ceria dan bersih

CATUAN AIR - SK SEMENTA LANCARKAN PELAN KECEMASAN




Cuaca panas yang melanda Malaysia sejak bulan Februari menyebabkan air di empangan di negeri Selangor berkurangan bagi menampung 3 juta penduduk di sekitar selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kerajaan Negeri bersama Pihak Syabas telah melancarkan jadual catuan air Fasa 1 & 2. 
Bagi Fasa 3, kawasan sekitar SK Sementa terlibat.
Pihak sekolah telah mengaktifkan pelan dan langkah-langkah bagi mengatasi masalah ketiadaan air. Antaranya ialah menyediakan tong-tong air simpanan bagi setiap tandas murid dan guru. selain itu murid-murid diminta untuk membawa sebotol air paip 1.5 liter setiap orang bagi menggantikan air yang telah digunapakai. Pihak sekolah juga telah menghubungi pihak Syabas sebagai langkah berjaga-jaga bagi kes-kes kecemasan. Alhamdulillah sepanjang tempoh catuan air SK Sementa mempunyai bekalan yang cukup untuk murid dan guru .