Program Transisi Tahun 1 telah berlangsung dari 2.1.2014 hingga 16.1.2014. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pn Hjh. Mazanah Bt Dawi (Guru Besar).
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu
program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi
perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di
rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah
diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi,
persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia
meneruskan pembelajaran di sekolah.
Program ini telah dijayakan bersama guru-guru tahun 1.
Pada Majlis tersebut murid tahun 1 dihadiahkan dengan buku tulis oleh guru besar, simbolik bagi memulakan sesi PdP. Majlis diserikan dengan 3 nyanyian oleh murid-murid tahun 1.
No comments:
Post a Comment