27 January 2014

Mesyuarat & Taklimat Pengurusan HEM Sekolah Daerah Klang 2014

Mesyuarat & Taklimat Pengurusan HEM sekolah Daerah Klang 2014 telah berlangsung di SJKC Pandamaran A pada 8 Januari 2014 (Rabu) bermula jam 8 pagi.
Mesyuarat dihadiri oleh semua GPK HEM sekolah rendah & sekolah menengah Daerah Klang. Mesyuarat dimulakan dengan Ucaptama oleh Tn Hj Abd Rahman B Mat Isa (SIS) - Timbalan PPD Klang. Disusuli Taklimat 1 (En Badrul Hisham B Mokhtar - Penolong PPD sektor kemanusian), Taklimat 2 (En Annuar B Mohamad Kusni - Penyelia HEM/ Kebajikan), Taklimat 3 (Tn Hj Tukipan B Zahlan - Penyelia HEM/ Kesihatan), Taklimat 3 (Tn Hj Azhar B Kassim - Kaunselor Pentadbiran/Unit B & K) & Taklimat 4 (En Azhar B Mohamad - Unit Disiplin & PPDa)
Amanat, nasihat & teguran disampaikan menjadi garis panduan mengurus Hal Ehwal murid di sekolah masing-masing
Mesyuarat Tamat jam 2.00 ptg.

Program Maju Diri Tahun 4,5 & 6





Program Maju Diri (PMD) merupakan program awal tahun telah dilaksanakan dengan jayanya pada 7 hingga 9 Januari 2014. PMD telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama semua guru tahun 4, 5 & 6.
Pelbagai aktiviti yang dirancang seperti sesi suai kenal, mengurus masa, mengurus diri, mengurus wang, teknik belajar, riadah & LDK. Sesungguhnya PMD bertujuan mempersiapkan murid sebelum sesi P d P sebenar bermula. 
Terima kasih kepada semua terlibat!

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014 - CERIA & BERSEMANGAT!

Murid disambut mesra oleh guru, diketuai Guru Besar & PK Pentadbiran

En Fadzil (Pemangku YDP PIBG) & En Rosman (AJK PIBG) meluangkan masa memenuhi keperluan sarana ibu bapa menyambut kehadiran murid

Perhimpunan ringkas awal pagi

Ucapan Selamat Kembali ke Sekolah oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Mazanah

Sesi P d P Murid Pra Sekolah
Sesi PdP murid tahun 5

Pemantauan Hari Pertama Persekolahan Oleh En Yaakob B Abd Rahman  (Penyelia Sukan PPD Klang)

Pemantauan Hari Pertama Persekolahan oleh En Annuar B Mohamad Kusni (Penyelia Hem/Kebajikan) & Tn Hj Tukipan B Zahlan (Penyelia HEM/Kesihatan) PPD Klang

Program RMT 2014

MAJLIS BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT & TAZKIRAH AWAL TAHUN


Pada 27 Disember 2013 (Jumaat) telah diadakan Majlis Bacaan Yaasin, Solat hajat & Tazkirah awal tahun. Majlis diilhamkan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi dimulai dengan Solat Hajat dipimpin oleh Ustaz Mazlan Ayub. Bacaan Yaasin menyusul selepas itu dengan diketuai oleh Ustaz Ismail dan diakhir dengan Tazkirah oleh Ustaz Hassanudin B Misdar. 
Moga SK Sementa dilimpahi rahmat & nikmat dengan permulaan program mulia diawal tahun.

TAKLIMAT IBU BAPA MURID TAHUN 1




Tarikh : 31 Disember 2013(Selasa)
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari
Kehadiran : Pentadbir, Guru Tahun 1 & Ibu bapa
Pengisian :
  1. Ucapan Aluan Pn Hjh Mazanah Bt Dawi (Guru Besar)
  2. Sesi memperkenal guru-guru tahun 1
  3. Taklimat Akademik, KSSR & Linus oleh Pn Hjh Radiah Bt Hasbollah (PK Pentadbiran)
  4. Taklimat Hal Ehwal Murid oleh En Faridzul Azwan B Hj Mohd Kamarudin (PK HEM)
  5. Taklimat PBS oleh En Wan Rosmizi (Penyelaras PBS)

MESYUARAT INDUK HEM KALI 1 SESI PERSEKOLAHAN 2014

Gambar Hiasan
Mesyuarat Induk Hem telah berlangsung pada 26 Disember 2014 (Khamis) bertempat di Dewan Bestari. Mesyuarat bermula seawal jam 8 pagi & berakhir pukul 10.45 pg. Mesyuarat telah dihadiri oleh Tuan Guru Besar, PK HEM, PK Petang, Setiausaha, Penolong setiausaha dan semua Ketua & Setiausaha unit. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Pengerusi, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi (Guru Besar), Taklimat oleh En Faridzul Azwan (PK HEM). Mesyuarat ditangguhkan & semua ahli mesyuarat menikmati jamuan ringan.

MESYUARAT GURU KALI 1 PERSEKOLAH 2014

TARIKH : 23 DISEMBER 2013 (ISNIN)
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESTARI
KEHADIRAN : GURU BESAR, PENTADBIR & GURU-GURU
OBJEKTIF : MEMBERI MAKLUMAT SESI PESEKOLAHAN 2014 & AGIHAN TUGAS UNIT-UNIT KEPADA SEMUA GURU
SESI TAARUF TUAN GURU BESAR, PN HJH MAZANAH BT DAWI BERSAMA GURU-GURU.

PERTANDINGAN MENGHASILKAN BLOG UNIT-UNIT HEM 2014







OBJEKTIF
  1.  Memberi pengiktirafan terhadap unit & individu yang terlibat dalam membangunkan Blog Unit HEM.
  1. Memberi motivasi dan perangsang kepada individu yang terlibat agar lebih bersemangat untuk menguruskan Blog.
  2. Memberi galakan kepada untuk menghasilkan Blog berkualiti dan berinformasi.

SYARAT PERTANDINGAN
Semua hasil kerja mestilah asli dan tidak memplagiat mana-mana Blog sama ada dari sudut rekabentuk/maklumat yang sama.

  1. Semua hasil kerja hendaklah bebas dari unsur pornografi, perkauman, kebencian politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  2. Sekiranya bahan hak cipta terpelihara digunakan, keizinan haruslah diperolehi terlebih dahulu daripada pemilik hak cipta tersebut dan telah dimaklumkan seperti yang sepatutnya.
  3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan hak cipta atau hak intelektual sekiranya peserta melanggar peraturan tersebut.
  4. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  5. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada peserta yang menyertai pertandingan ini.
  6. Keputusan hakiml adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

FORMAT PERTANDINGAN

1.       Tema bagi pertandingan ini, adalah bebas & mengikut unit masing-masing.

  1. Setiap unit bebas menginterpretasi dan meluahkan pengertian tema ini secara kreatif melalui penggunaan pelbagai jenis media (teks, grafik, animasi, audio, video dan sebagainya) yang diintegrasikan dalam bentuk persembahan Blog.
  2. Blog hendaklah menggunakan Platform Blogger/Blogspot sahaja.
  3. Penyertaan terbuka kepada semua AJK Unit HEM.
  4. Setiap unit hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.
  5. Setiap blog mesti mempunyai kata-kata pencegahan & penyalahgunaan dadah
  6. Isi kandungan dibangunkan dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

JADUAL PELAKSANAAN

Pendaftaran
:
13 – 7 Februari 2014
Pertandingan
:
23 Januari – 28 Februari 2014
Penghakiman
:
1 – 7 Mac 2014
Keputusan
:
8 Mac 2014

PENILAIAN

Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang dinyatakan seperti berikut.


Skop
(5%)

1.       Mengikut Tema

Kandungan (40%)
  1.  Carta organisasi beserta gambar
  1. Maklumat umum panitia / kursus
  2. Maklumat terkini panitia / kursus
  3. Info tambahan yang berkaitan
  4. Teks Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris

Konsep, Rekaan & Struktur (25%)
  1. Mudah guna dan fleksibel

  1. Kreatif (susunatur, grafik, audio)
  2. Video (animasi)
  3. Interaktif/dinamik
  4. Mesra pengguna (user friendly)
  5. Mempunyai daya penarik
  6. Pautan dengan laman web/blog yang berkaitan

Keaslian (15%)
  1.  Keaslian rekabentuk dan kesesuaian dengan tema

  1. Ciri-ciri yang menggambarkan bidang yang dibuat
  2. Kandungan laman web menggambarkan bidang yang dibangunkan.
  3. Kredit pada sumber-sumber asal – wajib

Nilai Tambah (15%)
  1.  Forum / Shoutbox

  1. Buku Pelawat
  2. Counter
  3. Ruangan Kredit
  4. Dan lain-lain mengikut kreativiti

HADIAH
PERTAMA              : RM100 / TROPHY / SIJIL
KEDUA                    : RM70 / TROPHY / SIJIL
KETIGA                   : RM50 / TROPHY / SIJIL
SAGUHATI              : 2 X RM20 / TROPHY / SIJIL
Setiap penyertaan akan menerima Sijil Penyertaan

PERTANDINGAN MENGHASILKAN PEMPLET UNIT-UNIT HEM 2014














PERTANDINGAN MENGHASILKAN PEMPLET UNIT-UNIT HEM 2014

OBJEKTIF : 
  1.  Mewujudkan budaya  persaingan sihat dikalangan unit-unit HEM melalui penghasilan Pemplet berinfo & kreatif
  2.  Melengkapkan eleman kesempurnaan setiap unit.
  3.  Mempelbagai kaedah penyampaian info & perkhidmatan unit-unit HEM

SASARAN        :Unit-unit bawah unit HEM

SYARAT PERTANDINGAN :
  1.  Semua unit adalah diwajibkan menghasilkan & menghantar contoh pemplet yang direka kepada PK HEM pada atau sebelum 05/02/2014
  2.  Setiap pemplet mestilah mengandungi :
    Muka depan, Jawatankuasa Induk & pelaksana, Objektif & perkhidmatan yang ditawarkan, takwim setahun, data murid (jika ada)   
    Bebas memilih saiz / bentuk / bil. Muka surat / warna pemplet.
  3.  Markah bonus diberi atas penghasilan pemplet dalam bentuk yang kreatif  & inovatif, pelbagai grafik.

TEMPOH/ TARIKH TUTUP :
 13 JANUARI – 5 FEBRUARI 2014

HADIAH : 
PERTAMA        : WANG TUNAI RM20 / SIJIL / TROPHY
KEDUA             : WANG TUNAI RM15 / SIJIL / TROPHY
KETIGA            : WANG TUNAI RM10 / SIJIL / TROPHY
SAGUHATI       : 2 X SIJIL / TROPHY

PENYERTAAN : SIJIL



PEMPLET UNIT HAL EHWAL MURID 2014



Syukur kehadrat Illahi atas keizinanNya, Pemplet Unit HEM telah berjaya dihasilkan. Sebagai pemudahcara dalam penyebaran maklumat dari meja Hal Ehwal Murid antara pentadbir kepada guru, guru kepada murid, sekolah kepada ibu bapa & komuniti setempat, sekolah kepada PPD, JPS & KPM.
Mempelbagaikan kaedah penyebaran info melalui penghasilan pemplet, blog, Facebook & Buletin merupakan satu langkah seiring dengan penggunaan teknologi terkini. Moga menjadi pendorong kepada unit-unit dibawah HEM untuk mengorak langkah lebih kreatif & Inovatif dalam penghasilan pemplet unit masing-masing.
InsyaAllah pemplet yang dihasilkan ini akan memberikan manafaat kepada semua warga SK Sementa.

12 January 2014

CARTA ORGANISASI UNIT HEM 2014

Carta Organisasi Unit HEM 2014. Pengerusi JK Unit HEM ialah Pn. Hjh. Mazanah Bt Dawi (Guru Besar). Timbalan Pengerusi, En. Faridzul Azwan B Hj. Mohd Kamarudin (GPK HEM), dibantu oleh 3 orang Naib Pengerusi iaitu Pn Hjh. Radiah Bt Hasbollah (GPK Pentadbiran), Pn Dayang Fatimah Bt Awang Gobil (GPK Ko-Kurikulum) dan Pn Hamidahton Bt Khalid (GPK Petang)
Pn Zuana Bt Hanif masih dikekalkan untuk tahun ke-5 sebagai Setiausaha dengan dibantu oleh Penolong Setiausaha yang baru, Pn Norhidayah bt Hj Anuar.
Unit HEM dibahagikan kepada 6 Jawatankuasa utama :
  1. JK Pendaftaran - Pn Junainah Bt Tutur @ Abu Naem
  2. JK Disiplin - En Hasanuddin B Misdar
  3. JK Bimbingan & kaunseling - Pn Fazliani Bt Khalid
  4. JK Kebajikan - Pn Zaidah Bt Manaf
  5. JK Kesihatan - Pn Suzainee Bt Neesa
  6. JK Pemantauan - Pn Zuana Hanif
Di bawah setiap JK diwujudkan unit-unit kecil yang penting bagi mengurus. menyelia, melaksanakan pelbagai tugasan, aktiviti dan program unit HEM

  1. UNIT KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1/SBP/SMKA/KRK/KAA
  2. UNIT SMM
  3. UNIT DISIPLIN
  4. UNIT PENGAWAS
  5. PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
  6. UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
  7. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
  8. SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
  9. PROGRAM ANAK ASNAF
  10. PROGRAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL/ISRA' MIKRAJ/MAAL HIJRAH
  11. UNIT RMT/PS1M/PV1M
  12. UNIT TABUNGAN & TAKAFUL
  13. UNIT KWAPM
  14. UNIT SPBT
  15. UNIT KEBAJIKAN/SUMBANGAN/DERMA
  16. UNIT PENGURUSAN KESIHATAN
  17. UNIT PENGURUSAN KANTIN
  18. UNIT KESELAMATAN, KECEMASAN & LATIHAN KEBAKARAN
  19. PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
  20. PROGRAM 3K
  21.  UNIT KEBERSIHAN KELAS & KECERIAAN SEKOLAH
Tugas-tugas khas diwujudkan bagi mengurus data-data & maklumat segera seperti Enrolmen murid. APDM & e-Kehadiran.