5 February 2014

IKRAR ANTI DADAH - AKTIVITI PPDa




Pada 27 Januari 2014 telah diadakan majlis ringkas Ikrar Anti Dadah oleh murid-murid SK Sementa. Ikrar tersebut telah dilakukan dihadapan semua guru ketika perhimpunan mingguan Hari Isnin. Bacaan Ikrar diketuai oleh Adik Muhammad Saufi, murid tahun 5 yang juga seorang pengawas sekolah. Ini merupakan salah satu aktiviti penting dalam kalender Unit Pencegahan & Pendidikan Dadah (PPDa)
Ikrar antara lain merupakan suatu janji untuk menghindarkan diri daripada terlibat dengan dadah & gejala tidak sihat. Tahniah kepada Unit PPDa diketuai oleh Pn Irani kerana telah melaksanakan beberapa aktiviti dalam bulan Januari.

No comments:

Post a Comment