9 February 2014

Program Susu 1Malaysia: Panduan Minum Susu Kotak

Susu datang lagi! Program Susu 1 Malaysia (PS1M) 2014 bermula pada Bulan Februari. Susu yang diterima dibekalkan oleh Sabah International Dairies (SID). Pengedar SID telah membuat penghantaran susu pada 30/01/2014 (Khamis).Ini merupakan tahun ke-3 Program PS1M dilaksanakan di semua sekolah di bawah KPM.
3600 kotak susu akan dibekalkan setiap minggu kepada pihak sekolah untuk diagih-agihkan kepada semua murid di SK Sementa.Untuk makluman, SK Sementa merupakan sekolah luar bandar & semua murid layak menerima susu 2 kali setiap minggu. 
Unit HEM melalui JK PS1M telah memulakan prosedur awal dengan mengedarkan borang setuju/terima kebenaran penjaga kepada semua murid pada pertengahan bulan Januari. Murid yang ibu bapanya bersetuju sahaja yang dibenarkan untuk minum susu.
Pada 4 Februari telah diadakan sesi penerangan & demonstrasi minum susu kepada semua murid terlibat mengikut tahun. Program tersebut telah diadakan selepas waktu rehat setiap tahun
Demonstrasi diketuai oleh Pn Zuraini Awang  Ketua unit JK PS1M. Bermula dengan menerangkan tentang khasiat & kebaikan minum susu. Seteruasnya murid ditunjukkan prosedur sebelum, semasa & selepas minum susu. Antara lain meminta murid meneliti tarikh luput & keadaan kotak susu yang diterima. Goncang dahulu kemudian tebuk susu dengan straw yang dibekalkan.Langkah seterusnya hidu. Mulakan dengan bacaan doa & rasa sedikit susu. Jika enak teruskan minum hingga habis. Jika masam atau rasa yang lain maklum segera kepada guru. Murid juga diingatkan tidak perlu menghabiskan susu yang diterima. Sekiranya tidak mampu dihabiskan, buangkan sahaja susu tersebut. Langkah terakhir, murid diminta untuk membuang kotak susu ke dalam plastik sampah yang dibekalkan.








No comments:

Post a Comment