19 January 2017

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG (PAGP) MINGGU KE 2 : MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID

Tarikh : 9-13 Januari 2017
Kumpulan bertugas : Kumpulan 2
Sesi : Pagi & Petang
Syabas kepada semua guru bertugas sepanjang minggu ke 2




PEMERIKSAAN KEBERSIHATAN KANTIN OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) KLANG

Tarikh : 9 Januari 2017
Masa : 9.30 Pagi
Pemeriksaan : Kantin
Penguatkuasa PKD : 2 orang
Skop Pemeriksaan : 

  1. Pendaftaran Syarikat & lesen perniagaan 
  2. Pemeriksaan maklumat pekerja
  3. Pemeriksaan sijil kursus & suntikan pelalian pekerja 
  4. Kebersihan tempat kerja
  5. Kebersihan tempat penyediaan makanan
  6. Kebersihan ruang makanan
  7. Kebersihan bilik cuci & longkang
  8. Pengurusan barang basah & kering
  9. Pemeriksaan serangga & tikus.

Secara keseluruhan kebersihan kantin adalah ditahap baik. Markah untuk pemeriksaan ini adalah 86% (Gred B). Peningkatan berbanding tahun 2016 - 83%
Beberapa saranan & teguran direkodkan dalam fail sebagai panduan & penambahbaikan.










18 January 2017

KANTIN BERWAJAH BARU - PENGURUSAN CEMERLANG, KESIHATAN MURID TERJAMIN

Salah satu cabang dalam Unit HEM adalah Pengurusan Kantin. Ironinya, kantin merupakan salah satu tempat tumpuan di dalam kawasan sekolah.
Ini kerana kantin membekalkan makanan sepanjang hari dalam sesi persekolahan. 
Alhamdulillah, SK Sementa mendapat seorang pengusaha kantin yang sangat berdedikasi. Keutamaan adalah kepada pelanggan. Kebersihan menjadi perkara utama yang mesti dilaksanakan.
Pelbagai penambahbaikan yang telah dibuat sebelum persekolahan 2017 membuka tirainya.
Bermula dengan ruang memasak, ruang mencuci, ruang kerja, bilik makan guru, ruang mempamer makanan dan ruang makan semuanya dipastikan mematuhi instrumen yang ditetapkan.
Selain itu, kerjasama serta sumbangan yang diberikan oleh pengusaha & pekerja juga amat menggalakkan.
Untuk rekod, tahun 2016 Pengurusan Kantin telah menyertai pertandingan Kantin Cemerlang dalam Anugerah Kecemerlangan HEM PPD Klang. Walaupun hanya mendapat tempat ke 10, namun pihak sekolah sangat berpuashati dengan pencapaian & usaha yang telah ditunjukkan.
Pengurusan Kantin juga mendapat meningkatan markah dalam pemeriksaan kantin yang dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah pada 2016 iaitu 83.2%. Walaupun berada dalam Gred B, namun peningkatan ini sangat memberangsangkan berbanding tahun 2015 iaitu 78%.
Moga pengusaha kantin bersama pengurusan sekolah dapat istiqomah dalam memastikan kantin sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh KPM.















PAS KEBENARAN KELUAR KELAS

Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Keselamatan & kecemasan saban tahun mengembleng tenaga dan mencurah idea dalam memastikan keselamatan murid menjadi keutamaan.
Antara pendekatan yang digunakan bagi mengawal pergerakan murid ketika sesi PdPc dijalankan ialah dengan memperkenalkan Pas Kebenaran Keluar Kelas.
Pas yang bersaiz 4" x 2.5" ini dibekalkan 2 set untuk setiap kelas. Setiap murid yang ingin ke tandas atau ke tempat tertentu atas arahan cikgu perlu mendapatkan kebenaran guru matapelajaran semasa dalam kelas
kecuali ketika waktu rehat.
Murid dikehendakki memakai pas tersebut sepanjang berada diluar kelas sehingga kembali semula ke kelas.
Murid yang berada diluar tanpa memakai pas, akan mudah dikesan dan disiasat serta diambil tindakan.
Moga usaha yang kecil ini dapat memberikan impak yang besar keatas sikap & disiplin murid.

TAKLIMAT APDM 2017

TARIKH : 5 JANUARI 2017
MASA : 12.30 tgh - 1.30 tgh
TEMPAT : MAKMAL ICT
PESERTA : SEMUA GURU KELAS SESI PAGI & PETANG
TUJUAN : Memberi makluman kepada guru kelas agar membuat penyemakan & kemaskini data murid dengan segera. Data tersebut akan digunakan untuk kelayakan bantuan KWAPM & Bantuan Awal Persekolahan.
Data juga digunakan untuk keperluan ABM e-Operasi, menentukan keperluan guru, kelas serta kemudahan lain.
Terima kasih kepada Unit SPS/APDM yang diketuai oleh Ustaz Mazlan (Guru Data) & Unit KWAPM yang diketuai oleh Puan Eliza
Moga dipermudahkan urusan guru-guru untuk membuat penyemakan & kemaskini bagi kemudahan semua pihak





PROJEK DATARAN BERBUMBUNG : FASA 2

FASA 2
TARIKH : 4 JANUARI 2017
Keselamatan murid,guru & staf diutamakan ditapak pembinaan
Moga dipermudahkan pembinaannya & siap seperti dirancang.




KEMERIAHAN HARI 1 PERSEKOLAHAN SESI PETANG




Pelbagai gelagat & kerenah anak-anak murid darjah 1 yang dapat dirakam pada hari pertama persekolahan.
Juga keterujaan ibu bapa muda yang pertama kali menguruskan anak ke sekolah darjah 1.
Syabas dan tahniah kepada guru-guru sesi petang yang berjaya menguruskan murid-murid dengan baik dan cemerlang
Semoga murid ini menjadi insan yang bersahsiah terpuji dan tokoh terbilang.



17 January 2017

LAWATAN KEPIMPINAN MASYARAKAT HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN





Pihak sekolah mengalu-alukan kepimpinan masyarakat parlimen Kapar, Dato' Hj Saroni B Masjudi ke SK Sementa.
Lawatan ini bertujuan sebagai mengeratkan hubungan sekolah dan kepimpinan masyarakat serta melihat proses pembelajaran dilaksanakan pada hari pertama persekolahan.
Dato' Hj Saroni sempat bermesra bersama beberapa orang ibu bapa yang hadir menguruskan persekolahan anak. Sebagai CEO Kolej Yayasan Melaka, beliau berkesempatan memberikan sedikit motivasi & berkongsi pengalaman bersama murid-murid sebagai seorang yang menguruskan pendidikan swasta.
Turut bersama beliau adalah Tn Hj Shaharuni, Ketua Kg Sementa.

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG (PAGP) HARI PERTAMA 2017

Program Amalan Guru Penyayang (PAGP) merupakan salah satu program yang telah diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 2011. Program ini bertujuan menerapkan budaya penyayang melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di sekolah sepanjang tahun.
PAGP dilaksanakan melalui 3 kaedah :
1.Mengalu-alukan kehadiran murid
2.Memberi penghargaan kepada murid
3.Program Mentor-mentee
Program ini telah dilaksanakan 6 tahun di SK Sementa. Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) dipertanggungjawab memastikan PAGP ini dilaksankan dengan baik.   
PAGP diharap dapat melahirkan insan yang mempunyai jatidiri  penyayang
Berikut salah satu program mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah.