10 April 2018

BORANG ADUAN KEROSAKAN SK SEMENTA

Semua warga SK Sementa termasuk ibu bapa, guru dan murid boleh membuat aduan kerosakan di borang yang telah disediakan. Anda hanya perlu scan QR Code di bawah menggunakan QR Scanner yang boleh didapati dari playstore atau appstore, isikan maklumat yang berkenaan dan hantar ke emel hemsementa@gmail.com.  QR Code ini bertujuan untuk memudahkan warga SK Sementa mendapatkan borang aduan kerosakan ini. 


HEM Sementa ke arah teknologi pendidikan bermutu dan berkualiti.



9 March 2018

TERAJU UNIT HEM 2018

Tahun 2018 merupakan tahun pembaharuan dan penambahbaikkan bagi Unit HEM SK Sementa dari segi peneraju utama dan pembahagian dalam organisasi HEM. Bagi tahun ini, pengerusi ialah Guru Besar baharu iaitu Puan Hajah Rosnani binti Ibrahim. Jawatan naib pengerusi dan timbalan pengerusi masih kekal.

Organisasi HEM pada tahun ini lebih tersusun dimana dibahagikan beberapa unit dan sub-unit mengikut kategori masing-masing iaitu Jawatankuasa (JK) Bantuan, pendaftaran, kebajikan, pengurusan disiplin, pengurusan kantin, aduan,  bimbingan dan kaunseling dan 3K.  Selain setiausaha unit yang dikekalkan, terdapat dua unit yang menerima setiausaha baharu iaitu Unit Tabungan dan takaful dan Unit Aduan Pelanggan dan Kerosakan.

Organisasi HEM Sk Sementa 2018.
*kredit kepada FB: Nazswork Printing kerana telah men'design' carta organisasi hem SK Sementa. 

Sepanjang bulan Januari-Mac, banyak aktiviti yang telah dianjurkan oleh HEM SK Sementa. Laporan aktiviti tersebut akan diupload ke dalam blog ini dari semasa ke semasa.