Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 1 telah diadakan pada 31 Disember 2013. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Bestari. Para ibu bapa/penjaga telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Alhamdulillah sambutan dikalangan ibu bapa/ penjaga adalah amat menggalakkan. Tepat jam 9.10pagi majlis bermula dengan dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Rasyidi. Seterusnya juruacara majlis, En Ahmad Zamzuri menjemput Puan Guru Besar, Pn Nur'Aini Bt bt Abdul Aziz menyampaikan ucaptama mengalu-alukan kehadiran ibu/bapa penjaga. Puan Guru Besar mengambil kesempatan memperkenalkan barisan pentadbir & tenaga pengajar tahun 1.
Seterusnya, GPK Pentadbiran Pn Hjh Radiah menyampaikan ucapan. Antara lain Pn Hjh Radiah menerangkan berkaitan akademik & pengurusan sekolah. diikuti GPK HEM, En Faridzul Azwan memberikan info berkaitan hal Ehwal murid dan terakhir Taklimat PBS yang disampaikan oleh penyelaras PBS. Majlis berakhir tepat jam 11 pagi.
No comments:
Post a Comment