11 August 2014

KEJOHANAN HOKI MSSD KLANG 2014







KEJOHANAN : KEJOHANAN HOKI MSSD KLANG 2014
TARIKH : 28 - 30 APRIL 2014
TEMPAT : STADIUM HOKI PANDAMARAN KLANG

SK Sementa telah menghantar 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan untuk meyertai kejohanan tersebut. Lebih 60 pasukan daripada 26 sekolah menyertai kejohanan tersebut. SK Sementa telah mengadakan latihan intensif 2 minggu sebelum kejohanan bermula termasuklan beberapa siri perlawanan persahabatan yang diatur.
Dalam kejohanan tersebut, kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan kurang bernasib baik tidak berjaya untuk mara kepusingan yang seterusnya. Namun begitu bagi jurulatih yang penting pemain telah cuba sedaya upaya untuk layak terutama pasukan lelaki yang mana pada perlawanan terakhir berjaya membuat 'upset' dengan mengalahkan semifinalist tahun 2013 SK Rantau Panjang. Walaupun berkongsi mata yang sama dengan 2 pasukan lain tetapi SK Sementa kurang dari segi jaringan.
Namun begitu, pasukan hoki SK Sementa masih boleh berbangga kerana seorang pemain perempuan, adik Nurul Filzah Afiqah telah terpilih mewakili Daerah Klang Ke Kejoahanan MSSS di Kuala Selangor.
Bagi jurulatih pasukan hoki sekolah, ini merupakan penglibatan beliau kali terkakhir membawa pasukan sekolah menyertai kejohanan hoki. Sepanjang 4 tahun membawa pasukan hoki sekolah, ada beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan, antaranya pasukan perempuan yang berjaya mendapat tempat ke 4 dalam kejohanan bawah 11 tahun 2013. Seorang pemain lelaki adik Muhd Nuh yang berjaya mewakili Daerah Klang & muncul johan pada tahun 2013 dan adik Nurul Filzah Afiqah yang membantu Daerah Klang muncul johan Kejohanan bawah 11 Negeri Selangor 2013.
Moga akan ada barisan pelapis dikalangan guru dan murid yang boleh terus membawa dan melatih pasukan hoki SK Sementa satu hari nanti.

No comments:

Post a Comment