30 September 2017
26 September 2017
PEMANTAUAN ANUGERAH KUALITI (HEM) BAGI UNIT SPBT SK SEMENTA
Pada 26 September 2017 (Selasa) , pemantauan anugerah kualiti Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Klang telah dilaksanakan. Pertandingan kali ini melibatkan 6 buah sekolah iaitu SK Sementa, SK Bukit Kapar, SK Kota Kemuning, SK Jalan Kebun, SK (P) Bukit Kuda dan SK Sungai Udang. Unit SPBT SK Sementa telah dipantau oleh tiga orang hakim iaitu Encik Arif Fathilah bin Mohd Safaji dari SK Taman Gembira, Cik Nurulhuda bt Haji Mustafa dari SK Telok Pulai dan Puan Hajah Noraini Mohamed Ekson dari SK Batu Unjur.
Pemantauan yang bermula pada jam 8 pagi itu meliputi keceriaan bilik, sistem filing, buku stok dan lain-lain.
Pemantauan sedang berjalan |
Penyampaian cenderahati oleh PK HEM, Encik Faridzul Azwan |
Syabas dan tahniah kepada Unit HEM SK Sementa atas usaha yang gigih dan berani mengambil bahagian dalam pertandingan kualiti kali ini. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang, amin.
24 August 2017
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH
TARIKH : 6/2/2017
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN LESTARI
PERASMI : TN INSPEKTOR NASWANAJID B SALLEH
Program Pelancaran Jom ke sekolah & Peti Aduan murid
telah dilancarkan serantak seluruh negara pada 6/2/2017.
Program anjuran bersama KPM dan PDRM ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran murid tentang kepentingan ke sekolah.
Selain itu program ini dilakasanakan bagi memberi kemudahan
kepada murid untuk membuat aduan kepada saluran yang betul. Unit Disiplin, Unit Bimbingan Kaunseling, Unit Aduan, Unit
PPDa dan Unit Keselamatan telah
merancang aktiviti bersesuaian sepanjang tahun bagi memastikan program tersebut
terlaksana.
Semoga dengan penganjuran program kali ini mampu menyuntik semangat dan motivasi dalam diri murid-murid untuk sentiasa bersemangat dan seronok ke sekolah.
LAWATAN PENANDA ARAS UNIT PPDA SK SEMENTA
AKTIVITI : LAWATAN PENANDA ARAS PPDa KE SK MERU
TARIKH : 20/2/2017
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : SK MERU, JALAN TAP
Unit PPDa SK Sementa telah mengadakan Lawatan Penanda Aras
ke SK Meru. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat & pengalaman SK Meru. SK Meru dipilih kerana pencapaian di peringkat daerah & negeri. Seramai 7 orang guru PPDa terlibat bersama PK
HEM, Encik Faridzul Azwan bin Kamaruddin.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Sk Meru Jalan Tap kerana sudi menerima kunjungan dan berkongsi idea dan ilmu kepada kami.
MAKANAN YANG DILARANG DAN BOLEH DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH
Tahukah tuan/puan bahawa terdapat jenis-jenis makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah?
Makanan yang di larang di jual ini telah di masukkan ke dalam Garis Panduan Kantin Sekolah Sihat yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Sesekali cuba tengok di kantin sekolah anak-nak tuan/puan masih adakah makanan sebegini di jual untuk anak-anak kita.
Ayuh mari sama-sama ambil peduli dan sama-sama bantu untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan pemakanan sihat untuk kanak-kanak. Lets fight obesity 💪🏽
Healthy Children, Healthy Nation
#tipsnutritionist #nutritionistatwork #communitynutritionist #letsfightobesity #thisisehatwedo #letsdoittogether

SUMBER : FACEBOOK
8 February 2017
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA 2017
TARIKH : 23 JANUARI 2017 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI (SESI PAGI) / 1.30 PTG (SESI PETANG)
Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PSS), Tn Isnpektor Naswanajid B Mohd Salleh pada 23 Januari 2017.
Majlis tahunan yang bertujuan mengiktiraf perlantikan secara rasmi Pengawas, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas. Majlis telah dianjurkan oleh Unit Disiplin & Pengawas dibawah penyelarasan Ketua Guru Pengawas Pn Noor Hayati Bt Rawi & Pn Norhafizah Bt Baharudin
Seramai 65 pengawas sesi pagi & 50 pengawas sesi petang serta 100 orang ketua & penolong kelas akan menerima watikah perlantikan masing-masing
Seramai 65 pengawas sesi pagi & 50 pengawas sesi petang serta 100 orang ketua & penolong kelas akan menerima watikah perlantikan masing-masing
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Mazlan. Pengacara majlis, Ustaz Ismail mengalu-alukan kehadiran dif jemputan, diantaranya barisan pentadbir, pembantu PPS, Sarjan Faizal dan Penceramah Jemputan Pn Khairun Aznida Bt Mokhtar
Majlis diteruskan dengan Ceramah Disiplin & Kepimpinan oleh Pn Khairun Aznida (GPK Petang SMK Seksyen 16 Shah Alam).
Setelah itu ucapan daripada PK HEM mewakili Guru Besar yang tidak dapat hadir.
Ucapan Perasmian oleh Tn Inspektor Naswanajid. Antara lain mengingatkan pemimpin muda sekolah agar menjalankan tugas & amanah dengan penuh tanggungjawab. Jangan sesekali menyalahguna kuasa yang diberikan.
Penyampaian watikah perlantikan Guru Disiplin & Pengawas (GDGP) oleh PK HEM, En Faridzul Azwan. Bacaan Ikrar GDGP sesi pagi yang diketuai oleh Ustaz Zulkifli.
Seterusnya penyampaian watikah pemimpin muda - Pengawas dan ketua serta penolong ketua kelas yang diketuai oleh adik Syazliana (Ketua Pengawas Sekolah). Ikrar serta sesi bergambar.
Bagi sesi petang, Penyampaian watikah pemimpin muda telah disempurnakan oleh Pn Hamidahton, PK Petang SK Sementa.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ceramah disiplin oleh PK Petang serta penyampaian watikah kepada guru disiplin diketuai oleh Ustaz Hakiman.
Seterusnya penyampaian watikah pengawas oleh PK HEM dan diikuti oleh penyampaian Watikah ketua & penolong kelas. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi

Moga majlis diberkati dan objektif mempromosikan pengawas serta guru disiplin & pengawas menjadi nyata.
Subscribe to:
Posts (Atom)