8 February 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA 2017

TARIKH : 23 JANUARI 2017 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI (SESI PAGI) / 1.30 PTG (SESI PETANG)
TEMPAT DEWAN LESTARY









SESI PAGI






SESI PETANG

Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PSS), Tn Isnpektor Naswanajid B Mohd Salleh pada 23 Januari 2017.
Majlis tahunan yang bertujuan mengiktiraf perlantikan secara rasmi Pengawas, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas. Majlis telah dianjurkan oleh Unit Disiplin & Pengawas dibawah penyelarasan Ketua Guru Pengawas Pn Noor Hayati Bt Rawi & Pn Norhafizah Bt Baharudin
Seramai 65 pengawas sesi pagi & 50 pengawas sesi petang serta 100 orang ketua & penolong kelas akan menerima watikah perlantikan masing-masing
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Mazlan. Pengacara majlis, Ustaz Ismail mengalu-alukan kehadiran dif jemputan, diantaranya barisan pentadbir, pembantu PPS, Sarjan Faizal dan Penceramah Jemputan Pn Khairun Aznida Bt Mokhtar
Majlis diteruskan dengan Ceramah Disiplin & Kepimpinan oleh Pn Khairun Aznida (GPK Petang SMK Seksyen 16 Shah Alam).
Setelah itu ucapan daripada PK HEM mewakili Guru Besar yang tidak dapat hadir. 
Ucapan Perasmian oleh Tn Inspektor Naswanajid. Antara lain mengingatkan pemimpin muda sekolah agar menjalankan tugas & amanah dengan penuh tanggungjawab. Jangan sesekali menyalahguna kuasa yang diberikan.
Penyampaian watikah perlantikan Guru Disiplin & Pengawas (GDGP) oleh PK HEM, En Faridzul Azwan. Bacaan Ikrar GDGP sesi pagi yang diketuai oleh Ustaz Zulkifli.
Seterusnya penyampaian watikah pemimpin muda - Pengawas dan ketua serta penolong ketua kelas yang diketuai oleh adik Syazliana (Ketua Pengawas Sekolah). Ikrar serta sesi bergambar.
Bagi sesi petang, Penyampaian watikah pemimpin muda telah disempurnakan oleh Pn Hamidahton, PK Petang SK Sementa.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ceramah disiplin oleh PK Petang serta penyampaian watikah kepada guru disiplin diketuai oleh Ustaz Hakiman.
Seterusnya penyampaian watikah pengawas oleh PK HEM dan diikuti oleh penyampaian Watikah ketua & penolong kelas. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi
Moga majlis diberkati dan objektif mempromosikan pengawas serta guru disiplin & pengawas menjadi nyata.

No comments:

Post a Comment