24 March 2014

SELAMAT BERSARA PN NORMAH! KAMI SAYANG PN NORMAH!







Exlusive hanya di Majlis Persaraan Pn Normah Bt Sohod! "Kami Sayang Pn Normah"-begitulah kata-kata syahdu yang berjaya menitiskan air mata Pn Normah.
Pada 5/3/2014 (Rabu) telah diadakan Majlis Persaraan Pn Normah Bt Sohod, Pembantu Tadbir N22 SK Sementa. Majlis tersebut adalah anjuran Badan Kebajikan Guru & Staf SK Sementa (BAKES) Majlis bermula pada pukul 12 tengahari. Suami Pn Normah, Tn Hj Solehan B Remot (Mantan Pegawai PPD Klang) turut serta hadir memeriahkan sambutan majlis persaraan isterinya.
Jarang-jarang kita melihat staf sokongan pejabat sekolah diraikan dalam satu majlis khas bersama guru & murid, tetapi di sini jawatan & gelaran tidak menjadi halangan.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar, Pengerusi BAKES, Ketua kerani, wakil murid  dan seterusnya Pn Normah sendiri. Majlis diteruskankan dengan deklamasi sajak oleh pengawas & persembahan medley oleh murid tahun 4 & 5. Ini disusuli dengan menyampaian cenderahati oleh Pentadbir, unit HEM, Kakitangan pejabat, BAKES dan guru-guru.
Sesi kedua berlangsung di Dewan Bestari dimana diadakan majlis jamuan perpisahan. Pada majlis tersebut Pn Normah memotong kek harijadi yang ke 56. Majlis diselangselikan dengan tayangan video eksklusif Pn Normah.
Pn Normah telah memulakan kerjayanya bersama KPM pada tahun 1979 sebagai jurutaip. Banyak jawatan-jawatan lain yang disandangnya sehinggalah jawatan terakhir sekarang. Beliau telah berkhidmat hampir 35 tahun. di SK Sementa sahaja 13 tahun bermula tahun 2011. Moga majlis yang diadakan menjadi kenangan paling indah bagi puan Normah sepanjang bertugas sebagai kakitangan awam. Sebagai seorang yang berpengalaman dan senior, Pn Normah sangat dihormati, disenangi oleh guru, kakitangan serta warga sekolah. Seorang yang berdedikasi, mempunyai sifat keibuan dan mesra dengan semua orang. 
Dikesempatan ini, Unit HEM ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Pn Normah atas jasa bakti beliau dalam membantu menyediakan pelbagai dokumen berkaitan HEM. Unit HEM juga menyusun sepuluh jari memohon ampun andai ada pelakuan & tutur kata yang menyinggung sepanjang berkhidmat bersama Pn Normah. Harapan agar Pn Normah lebih bahagia & ceria bersama keluarga tersayang. TERIMA KASIH PN NORMAH!!!!











No comments:

Post a Comment