5 May 2014

MINGGU PROGRAM PENJEGAHAN JENAYAH





Minggu Penjegahan Jenayah telah berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2014. Minggu penjegahan Jenayah telah dianjurkan bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Disiplin, Unit Pengawas dan Kelab Penjegahan Jenayah. Majlis perasmian telah disemprnakan oleh Tn Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi pada 17 Mac 2014.
Pelbagai aktiviti dirancang khusus bagi murid SK Sementa seperti pameran pihak polis, pertandingan mewarna, pertandingan melukis poster dan ceramah pencegahan jenayah oleh Yayasan Pencegahan jenayah bersama Kickstart akademik.
Moga aktiviti yang dirancang dapat memberikan kesedaran serta pengetahuan yang berguna kepada murid akan kepentingan menjaga diri sendiri serta orang lain. Syabas diucapkan kepada Unit Bimbingan & Kaunseling serta JK Disiplin sekolah

No comments:

Post a Comment