5 May 2014

Skim Perlindungan Insuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) & Statistik cara/pengangkutan Murid ke sekolah





Skim Perlindungan SPAD telah diperkenalkan pada tahun 2013. Skim ini meliputi perlindungan kepada murid yang menaiki pengangkutan awam seperti bas sekolah yang mempunyai permit. Skim ini juga merupakan satu tambahan perlindungan kepada murid sekolah selaik Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM). 
Borang Skim Perlindungan SPAD telah diedarkan kepada semua murid SK Sementa. Ibu bapa perlu mengisi dengan lengkap butiran yang diminta termasuk nama & pengusaha bas yang mempunyai permit yang sah. 
Alhamdulillah dengan kerjasama semua guru & ibu bapa, Unit Tabungan & Takaful telah berjaya mengumpul hampir semua borang dan membuat statistik cara murid ke sekolah. Ini juga boleh dijadikan rekod untuk Unit Keselamatan sekolah.
Syabasdan terima kasih  diucapkan kepada Pn Mahani (Ketua unit Tabungan & Takaful) serta guru-guru SK Sementa.

No comments:

Post a Comment