15 January 2017

PROJEK DATARAN BERBUMBUNG : FASA 1

Besyukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya projek pembinaan dataran berbumbung SK Sementa terlaksana.
Perancangan pembinaan yang dicetuskan oleh mantan Guru Besar SK Sementa, Pn Hjh Nor Ishah Bt Adnan pada tahun 2009 akhirnya direalisasikan dengan usaha gigih pihak sekolah bersama PIBG dan sokongan ibu bapa.
Pembinaan dataran berbumbung yang dibina bersebelahan dewan Lestary Blok N ini telah dimulakan pada 22 Disember 2016.
Gabungan Dewan Lestary & Dataran Berbumbung ini dijangka dapat memuatkan hampir 1800 orang murid dalam satu masa.
Dengan kapasiti tersebut mampu mengatasi masalah mengumpulkan murid & ibu bapa untuk pelbagai aktiviti berpusat seperti Hari Kanak-kanak, Hari guru, perhimpunan mingguan solat hajat perdana, program motivasi dan seminar, program luar bilik darjah, aktiviti kokurikulum dan sebagainya.
Pembinaanya dijangka siap penghujung Januari 2017





Sesungguhnya tiada ucapan yang lebih baik dengan mengucapkan setinggi penghargaan kepada Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Dawi, barisan pentadbir, JK PIBG, Ibu bapa, guru-guru serta penduduk kampung Sementa yang menyumbang dalam merealisasikan pembinaan Dataran Berbumbung ini.

No comments:

Post a Comment