Salah satu cabang dalam Unit HEM adalah Pengurusan Kantin. Ironinya, kantin merupakan salah satu tempat tumpuan di dalam kawasan sekolah.
Ini kerana kantin membekalkan makanan sepanjang hari dalam sesi persekolahan.
Alhamdulillah, SK Sementa mendapat seorang pengusaha kantin yang sangat berdedikasi. Keutamaan adalah kepada pelanggan. Kebersihan menjadi perkara utama yang mesti dilaksanakan.
Pelbagai penambahbaikan yang telah dibuat sebelum persekolahan 2017 membuka tirainya.
Bermula dengan ruang memasak, ruang mencuci, ruang kerja, bilik makan guru, ruang mempamer makanan dan ruang makan semuanya dipastikan mematuhi instrumen yang ditetapkan.
Selain itu, kerjasama serta sumbangan yang diberikan oleh pengusaha & pekerja juga amat menggalakkan.
Untuk rekod, tahun 2016 Pengurusan Kantin telah menyertai pertandingan Kantin Cemerlang dalam Anugerah Kecemerlangan HEM PPD Klang. Walaupun hanya mendapat tempat ke 10, namun pihak sekolah sangat berpuashati dengan pencapaian & usaha yang telah ditunjukkan.
Pengurusan Kantin juga mendapat meningkatan markah dalam pemeriksaan kantin yang dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah pada 2016 iaitu 83.2%. Walaupun berada dalam Gred B, namun peningkatan ini sangat memberangsangkan berbanding tahun 2015 iaitu 78%.
Moga pengusaha kantin bersama pengurusan sekolah dapat istiqomah dalam memastikan kantin sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh KPM.
No comments:
Post a Comment