8 February 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA 2017

TARIKH : 23 JANUARI 2017 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI (SESI PAGI) / 1.30 PTG (SESI PETANG)
TEMPAT DEWAN LESTARY









SESI PAGI






SESI PETANG

Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PSS), Tn Isnpektor Naswanajid B Mohd Salleh pada 23 Januari 2017.
Majlis tahunan yang bertujuan mengiktiraf perlantikan secara rasmi Pengawas, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas. Majlis telah dianjurkan oleh Unit Disiplin & Pengawas dibawah penyelarasan Ketua Guru Pengawas Pn Noor Hayati Bt Rawi & Pn Norhafizah Bt Baharudin
Seramai 65 pengawas sesi pagi & 50 pengawas sesi petang serta 100 orang ketua & penolong kelas akan menerima watikah perlantikan masing-masing
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Mazlan. Pengacara majlis, Ustaz Ismail mengalu-alukan kehadiran dif jemputan, diantaranya barisan pentadbir, pembantu PPS, Sarjan Faizal dan Penceramah Jemputan Pn Khairun Aznida Bt Mokhtar
Majlis diteruskan dengan Ceramah Disiplin & Kepimpinan oleh Pn Khairun Aznida (GPK Petang SMK Seksyen 16 Shah Alam).
Setelah itu ucapan daripada PK HEM mewakili Guru Besar yang tidak dapat hadir. 
Ucapan Perasmian oleh Tn Inspektor Naswanajid. Antara lain mengingatkan pemimpin muda sekolah agar menjalankan tugas & amanah dengan penuh tanggungjawab. Jangan sesekali menyalahguna kuasa yang diberikan.
Penyampaian watikah perlantikan Guru Disiplin & Pengawas (GDGP) oleh PK HEM, En Faridzul Azwan. Bacaan Ikrar GDGP sesi pagi yang diketuai oleh Ustaz Zulkifli.
Seterusnya penyampaian watikah pemimpin muda - Pengawas dan ketua serta penolong ketua kelas yang diketuai oleh adik Syazliana (Ketua Pengawas Sekolah). Ikrar serta sesi bergambar.
Bagi sesi petang, Penyampaian watikah pemimpin muda telah disempurnakan oleh Pn Hamidahton, PK Petang SK Sementa.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ceramah disiplin oleh PK Petang serta penyampaian watikah kepada guru disiplin diketuai oleh Ustaz Hakiman.
Seterusnya penyampaian watikah pengawas oleh PK HEM dan diikuti oleh penyampaian Watikah ketua & penolong kelas. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi
Moga majlis diberkati dan objektif mempromosikan pengawas serta guru disiplin & pengawas menjadi nyata.

7 February 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERIKNGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA 2017 - LARIAN SIHAT TANPA DARVIH

TARIKH : 18 JANUARI 2017 ( RABU)
MASA : 8.00 PG - 11.30 PG
TEMPAT : DEWAN LESTARY & LALUAN SEKITAR KG SEMENTA














Pada tanggal 18 Januari 2017 telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Sementa 2017. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Unit Sukan dan Kokurikulum serta Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
"Larian Sihat tanpa DARVIH" - bermaksud Dadah, Arak, Vapes, Inhalen dan Hubungan seks. Kejohanan bertujuan menggalakkan aktiviti sukan secara aktif dikalangan warga sekolah khususnya murid-murid selain mencungkil bakat serta memilih peserta untuk Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD kLANG 2017
Kejohanan dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan atau "warm up".
Murid dibahagikan kepada 6 kategori. Ketegori tersebut adalah Perempuan T4, T5, T6, Lelaki T4,T5,T6.. 
Peserta telah dilepaskan mengikut kategori masing-masing oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi bersama Tuan YDP PIBG, En Abd Aziz B Anuar tepat jam 9.15 pg mengikut kategori masing-masing.
Murid-murid berlari penuh semangat disamping menyebarkan risalah berkaitan dengan bahaya DARVIH kepada penduduk kampung.
Dalam tempoh 25 minit pemenang pertama berjaya melepasi reben tamat. Keseluruhannya seramai 869 murid berjaya menamatkan larian dalam tempoh 1 jam.
Pihak Polis Trafik juga membantu bagi memastikan keselamatan & kawalan trafik sepanjang laluan kejohanan selamat dan lancar.
Acara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tuan guru besar bersama pentadbir yang lain. Majlis penutup juga diserikan dengan kejutan sambutan ulangtahun kelahiran PK HEM, En Faridzul Azwan yang jatuh pada tarikh yang sama 18 Januari.... SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BOSS. Kek telah disponsor oleh En Ahmad Zamzuri.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada  JK pelaksana, PIBG, Polis Trafik Cawangan IPD Klang Utara,Ibu bapa dan guru-guru yang telah turut serta memberikan sokongan & kerjasama dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa. 

TAKLIMAT HEM PPD KLANG BIL 1/2017

TARIKH : 11 JAN 2017 (RABU)
MASA : 8.30 PG - 2.00 PTG
TEMPAT : AUDITORIUM SJKC PANDAMARAN A







Taklimat HEM PPD KLANG Bil. 1/2017 telah dihadiri oleh semua PK HEM Sekolah rendah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasrudin (PK HEM SK MERU 2). Majlis dipengerusikan oleh En Suhaimi B Samsudin (Penyelia HEM - SPBT & PPDa).
Ucaptama disampaikan oleh Tn Hj Abd Manaf B Hj Ali (Pen PPD - Kemanusiaan). Antara lain mengucapkan terima kasih kepada semua PK HEM atas tugas-tugas yang telah dilaksanakan sepanjang 2016. Selain itu beliau mengingatkan PK HEM tentang peranan & tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang 2017 selaras dengan PPPM.
Seterusnya taklimat khas daripada Pihak SSPN. Memetik pengumuman Perdana Menteri dalam bajet 2017, KPM dengan kerjasama SSPN telah membuat promosi buka akuan SSPN kepada semua murid sekolah pada tahun 2017. Antara kebaikan yang bakal diperolehi jika ibu bapa membuka akaun SSPN ialah pihak KPM akan menambah simpanan sedia ada sebanyak RM50 setiap murid. Selain daripada itu setiap murid yang membuka akaun akan dilindungi insuran.
Berapa orang pegawai seterusnya bergilir-gilir memberikan taklimat. Diantaranya ialah Tn Hj Anuar B Kosni (Penyelia Kanan HEM - Kebajikan, RMT, Takaful & KWAPM), Tn Hj Surani ( Pen PPD - Kaunselor pentadbiran), En Suhaimi B Samsudin (Penyelia HEM PPD - SPBT & PPDa, En Anuar B Amin (Pen. PPD SIC+) dan En Azhar B Mohamaed (Penyelia HEM Disipli & Kesihatan. 
Pn Hjh Adliayah Bt Ramli (Pegawai PPD Klang) hadir dan menyampaikan ucapan dalam majlis penutup.
Taklimat ditangguhkan pukul 1.35 petang

6 February 2017

MESYUARAT UNIT DISIPLIN & PENGAWAS BIL 1/2017

TARIKH : 12 JANUARI 2017 (KHAMIS)
MASA : 12.30 TGH
TEMPAT : MAKMAL ICT

Mesyuarat Unit Disiplin Bil 1/2017 telah dipengerusikan oleh Ketua unit Disiplin, Ustaz Zulkifli Bin Mohd Abd Ghani. Mesyuarat dihadiri oleh semua AJK Unit Disiplin dan Pengawas.
Turut serta hadir ialah Tuan Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi dan PK HEM, En Faridzul Azwan.
Mesyuarat anara lain membincangkan peranan & tugas guru disiplin, perncangan tahunan & aktiviti disiplin serta aktiviti pengawas.
Turut dibincangkan Majlis Penyampaian watikah guru disiplin & pengawas, pengawas sekolah, ketuan dan penolong ketua kelas.
Pn Hamidah memberikan penerangan berkaitan pengisian data SSDM.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

PROJEK DATARAN BERBUMBUNG FASA 3

TARIKH : 14 JANUARI 2017

Tiang dan alang bumbung telah siap dipasang. Moga dipermudahkan urusan dan siap mengikut tarikh yang ditetapkan


.

PROGRAM MAJU DIRI

Program Maju Diri (PMD) telah dilaksanakan pada 10, 12 & 17 Januari. Program yang menggabungkan aktiviti-aktiviti motivasi, bengkel dalam kumpulan, pencambahan minda & idea yang bertujuan mempersiapkan murid-murid bagi menghadapi suasana pembelajaran baharu.
PMD hanya melibatkan murid tahun 4,5 & 6. PMD telah diadakan secara berpusat dan dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dengan bantuan semua guru.
Moga aktiviti ini memberi manfaat kepada murid-murid sk sementa