7 February 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERIKNGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA 2017 - LARIAN SIHAT TANPA DARVIH

TARIKH : 18 JANUARI 2017 ( RABU)
MASA : 8.00 PG - 11.30 PG
TEMPAT : DEWAN LESTARY & LALUAN SEKITAR KG SEMENTA














Pada tanggal 18 Januari 2017 telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Sementa 2017. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Unit Sukan dan Kokurikulum serta Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
"Larian Sihat tanpa DARVIH" - bermaksud Dadah, Arak, Vapes, Inhalen dan Hubungan seks. Kejohanan bertujuan menggalakkan aktiviti sukan secara aktif dikalangan warga sekolah khususnya murid-murid selain mencungkil bakat serta memilih peserta untuk Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD kLANG 2017
Kejohanan dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan atau "warm up".
Murid dibahagikan kepada 6 kategori. Ketegori tersebut adalah Perempuan T4, T5, T6, Lelaki T4,T5,T6.. 
Peserta telah dilepaskan mengikut kategori masing-masing oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Mazanah Bt Dawi bersama Tuan YDP PIBG, En Abd Aziz B Anuar tepat jam 9.15 pg mengikut kategori masing-masing.
Murid-murid berlari penuh semangat disamping menyebarkan risalah berkaitan dengan bahaya DARVIH kepada penduduk kampung.
Dalam tempoh 25 minit pemenang pertama berjaya melepasi reben tamat. Keseluruhannya seramai 869 murid berjaya menamatkan larian dalam tempoh 1 jam.
Pihak Polis Trafik juga membantu bagi memastikan keselamatan & kawalan trafik sepanjang laluan kejohanan selamat dan lancar.
Acara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tuan guru besar bersama pentadbir yang lain. Majlis penutup juga diserikan dengan kejutan sambutan ulangtahun kelahiran PK HEM, En Faridzul Azwan yang jatuh pada tarikh yang sama 18 Januari.... SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BOSS. Kek telah disponsor oleh En Ahmad Zamzuri.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada  JK pelaksana, PIBG, Polis Trafik Cawangan IPD Klang Utara,Ibu bapa dan guru-guru yang telah turut serta memberikan sokongan & kerjasama dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa. 

No comments:

Post a Comment