5 July 2015

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2015





12 Januari 2015 merupakan hari pertama persekolahan sesi 2015. Sekolah bermula lewat seminggi kerana memberi ruang mempersiapkan kelas bagi negeri yang terlibat banir.
Seawal jam 6.45 pagi murid telah hadir ke sekolah dengan bersemangat dengan disambut mesra oleh YDP PIBG, En Fadzil serta guru-gura bertugas mingguan kumpulan 2, antaranya ialah Cikgu Zamzuri, Cikgu Khadijah, Cikgu Nurizan dan Kaunselor Pn Wawa.
Tepat jam 7.30 pagi murid-murid telah siap sedia berhimpunan dalam Perhimpunan Rasmi mingguan yang pertama bagi sesi 2015. Dimulakan dengan bacaan doa, Nyanyian lagu Negaraku dan bacaan Ikrar murid. Seterusnya, ucapan guru bertugas serta amanat daripada Guru Besar. 
Perhimpunan berakhir pada pukul 8.00 pagi dan murid bersurai ke kelas untuk sesi Pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment