3 July 2015

TAKLIMAT IBU BAPA PENJAGA MURID TAHUN 1 & 6 SESI PERSEKOLAHAN 2015








Taklimat Ibu Bapa murid Tahun 1 & 6 telah berlangsung dengan jayanya pada 1/1/2015. Seawal 8 pagi ibu bapa telah hadir dengan disambut oleh YDP PIBG, En Fadzil B Sahruddin dan barisan pentadbir sekolah yang diketuai oleh Guru Besar. 
Kehadiran ibu bapa adalah amat menggalakkan. Taklimat bermula pukul 8.30 pagi dengan ucapan aluan YDP PIBG. Ini diikuti ucapan guru besar yang menyentuh tentang dasar dan perkara asas persekolahan. 
Taklimat diteruskan dengan sedikit maklumat daripada pihak PTPTN tentang Tabungan Pendidikan anak-anak. Taklimat selesai pada pukul 10 pagi. 
Pihak sekolah mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, PIBG, guru-guru tahun 1 & 6 dan para ibu bapa yang memberikan kerjasama dan sudi hadir sepanjang sesi taklimat tersebut. Moga majlis tersebut mendapat rahmat Allah dan memberi  manfaat kepada semua.

No comments:

Post a Comment