6 July 2015

Ziarah Silaturrahim pentadbiran SK Sementa ke SRA Sementa, SRA Kg Perepat & Baitul Hasanah


Satu sesi ziarah Silaturrahim diantara pentadbiran SK Sementa dan SRA Sementa, SRA Kg Perepat dan Baitul Hasanah telah diadakan pada 20 Januari 2015. Pentadbiran SK Sementa diketuai oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Mazanah bersama Pn Hjh Radiah (PK Pentadbiran) & En Faridzul (PK HEM) telah berkesempatan untuk bertemu pentadbir di sekolah agama berkenaan dan pengurusan Baitu Hasanah.
Antara perkara yang menjadi agenda ialah mewujudkan persefahaman diantara ketiga-tiga institusi pendidikan dalam bidang kurikulum, HEM dan kokurikulum. Selain itu, perbincangan juga berkisarkan masalah-masalah berbangkit dan aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama.
Syabas pentadbir SK Sementa yang memulakan langkah awalan menghulur salam kepada rakan setugas di sekolah lain.

No comments:

Post a Comment