1 April 2013

PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR KPM




SK Sementa telah didatangi oleh Jemaah Nazir KPM pada 18 hingga 22 Februari. Pasukan yang terdiri daripada 9 orang pegawai diketuai Dr. Logeswary memantau perjalanan sekolah, dokumen-dokumen, P d P dan lain-lain berpandukan SKPM. 
Mereka datang pada hari pertama seawal 6.50 pg bersama-sama memantau perhimpunan pada hari Isnin. Selain itu, aspek kepimpinan, dokumen serta perancangan Unit Kurikulum, HEM & Kokurikulum di semak untuk tujuan penambahbaikan. Rumusan/ dapatan awal telah dibentangkan pada hari Jumaat pukul 2.30ptg. Turut serta hadir ialah Tn Hj Zulkifli dr Unit Jaminan Kualiti JPS, Pn Hjh Adliyah (Pegawai PPD) & Pn Hjh Siti Hajar (Pen. PPD-Akademik).
Banyak maklumat & syor-syor penambahbaikan yang dicadangkan bagi memacu SK Sementa menjadi sekolah yang memenuhi kriteria SKPM.
Terima kasih diatas kehadiran para Nazir, moga pemantauan ini menjadi garispanduan & motivasi kepada semua warga SK Sementa.......InsyaAllah... 


No comments:

Post a Comment