3 April 2013

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN SIRI 1




JK Keselamatan & Kebakaran telah mengadakan Latihan Kawad Kebakaran (LKK)Sesi 1 pada 1.3.2013. Ketua Unit JK K&K, En Ismail bersama-sama AJK telah merancang untuk mengadakan 3 sesi latihan pada tahun ini. 
Alhamdulillah murid, guru serta kakitangan memberikan kerjasama dalam menjayakan LKK. Tujuan LKK diadakan bagi memupuk kesedaran & sikap peka dikalangan warga SK Sementa jika berlaku kebakaran. 
Kebakaran 'kecil-kecilan' telah dilakukan oleh En Zamzuri. Kringgggggg........Loceng panjang dibunyikan tepat pukul 9.30pagi. Seluruh warga SKS bergegas bergerak ke arah padang(tempat berkumpul/ selamat) mengikut arahan & SOP yang telah ditetapkan seperti dalam pelan Kawad Kecemasan & Kebakaran.
2 orang murid telah 'disorokkan' bagi tujuan memberikan kesedaran kepada guru & murid akan kepentingan LKK jika berlaku kejadian sebenar.
Setelah semua orang berada di padang, En Azhari telah memberikan arahan kepada semua guru & murid. guru kelas membuat semakan murid yang tiada & segera membuat laporan. Setelah dipastikan semua murid, guru & staf selamat, En Azhari memberikan sedikit penerangan tujuan LKK siri satu diadakan. Aktiviti selesai tepat jam 10.00 pagi. Sesi petang juga telah melaksanakan LKK pada 26.2.2013. terima kasih atas kerjasama warganegara SKS.....InsyaAllah pada sesi LKK ke 2 & ke 3, pihak JK akan menjemput pihak Bomba atau JPA3.

No comments:

Post a Comment