14 April 2013

LADAP SIRI 2


LADAP Siri ke 2 telah diadakan pada 16 Mac 2013. Sesi pertama LADAP ialah SKPM Instrumen 4 & Cuti Kakitangan Awam yang disampaikan oleh Pn Hjh Radiah (PK1). Antara pengisiannya ialah berkaitan cuti yang boleh diambil oleh guru & kakitangan awam serta peraturannya. Sangat berguna bagi guru-guru & staf sebagai garis panduan memohon & mengambil cuti yang telah ditetapkan.







Sesi ke-2 ialah bengkel Pendidikan seni Visual (PSV) yang disampaikan oleh Pn Roslina Suaid.  Dalam sesi yang lebih santai ini guru-guru didedahkan dengan asas warna, jenis lukisan & pelbagai hasilan seni terutama bagi guru yang bukan opsyen seni
Guru-guru dibahagikan dalam beberapa kumpulan & diberikan beberapa aktiviti berkaitan seni.....sangat menyeronokkan. Maka terserlahlah kreativiti & bakat terpendam guru-guru.... Lihat sahaja hasil seni guru-guru, ada yang macam UAI pula, ini mesti kerja cikgu Firdaus & the geng... Tabik springgg kepada Pn Roslina yang pandai 'tackle' guru-guru SKS. 

No comments:

Post a Comment