17 April 2013

Aktiviti Amalan Guru Penyayang : Happy Birthday Nurbalqis


Happy Birthday to Nur Balqis...Sambutan hari jadi Adik Nur Balqis yang ke 11 telah diadakan pada 22 Mac 2013. Nur Balqis adalah murid kesayangan Guru kelas 5 Maju, Cik Shoba. Nur Balqis telah diraikan bersama beberapa orang guru & rakan-rakan di kelasnya.
Antara guru yang hadir  pada majlis tersebut ialah PK HEM, Cikgu Khadijah & Cikgu Azhari. Anak bongsu dari 3 orang adik beradik ini telah mendapat sokongan ibu bapanya yang menyediakan pelbagai juadah seperti kek harijadi, nugget, ayam goreng & bihun goreng...Alhamdulillah konyang perut eden. 
Majlis ini secara tidak langsung menjadi salah satu aktiviti Amalan Guru Penyayang Sekolah. Menunjukkan sikap peduli guru-guru terhadap murid, yang mana murid merupakan aset penting kepada sekolah.
Moga ramai lagi guru yang dapat mencontohi aktiviti menghargai murid seperti ini....

No comments:

Post a Comment