9 April 2013

HOKI MSSD 6 & 7 SEBELAH DAERAH KLANG








Kejohanan Hoki MSSD Klang telah diadakan di Stadium Hoki Pandamaran pada 11 & 12 Mac 2013. Pasukan Hoki SK Sementa telah menghantar 1 pasukan lelaki & perempuan. Format Kejohanan pada kali ini telah diubah iaitu 6 & 7 sepasukan. Sebanyak 50 pasukan telah menyertai pertandingan. Ini adalah rekod baru penyertaan. 
Pasukan SK Sementa telah memulakan latihan 3 minggu sebelum kejohanan bermula. Mengadakan latihan sekali di Stadium & 2 kali di SK Bukit Kapar. Hampir 95% pemain terdiri muka baru dikalangan murid tahun 5 & 6.
Walaupun tiada kejayaan yang dicatat oleh kedua-dua pasukan lelaki & perempuan namun setiap pasukan telah memberikan komitmen & semangat juang yang tinggi ketika berlawan terutama dengan pasukan yang lebih berpengalaman.
Ini juga merupakan satu ruang pendedahan kepada murid bagi membentuk pasukan lebih mantap tahun hadapan. 
Terima kasih diucapkan kepada pengurus (Cik Jenny & En Hafiz), 'pak supir'(En Firdaus, En Harmizi, En Rasyidi) yang banyak membantu dalam mengurus pasukan hoki sekolah.
Tidak lupa juga kepada Guru Besar, rakan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang memberikan sokongan moral serta galakkan. InsyaAllah tahun depan mungkin menjadi milik SK Sementa....
Keputusan Perlawanan :
Pusingan Awal  (Lelaki) : SKS v SK SRI ANDALAS 0-0, 
SKS v SK SKI 2-0 (Johan Kumpulan)
Pusingan ke 2  : SKS v SK SG SERDANG 1-1 (klh penalti 0-1)
Pusingan Awal (Perempuan) : SKS V SJKT Pelabuhan Klang 0-0, SKS v SK Meru 2 (0-1), SKS v SK Pulau Indah (0-0)

No comments:

Post a Comment