16 April 2013

TAKLIMAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2014 & 2015



Tarikh : 20/3/2013
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Auditorium SJKC Soo Jin, Kapar
Pendaftaran online : http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Taklimat tersebut adalah anjuran PPD Klang. Pihak PPD telah menjemput En Othman (JPS Unit Sekolah) untuk menyampaikan taklimat kepada semua PK HEM & kerani pendaftaran murid.
Antara perkara yang ditekankan dalam taklimat tersebut ialah kaedah pendaftaran secara online. Selain itu penekanan dalam aspek mengenalpasti dokumen murid terutama warganegara @ bukan warganegara. 
PK HEM juga diingatkan agar membuat hebahan secara menyeluruh melalui pelbagai kaedah seperti melalui kain rentang, surat kepada ibu/bapa, surat kepada tadika, pasti atau pusat asuhan kanak-kanak yang lain, makluman diperhimpunan, mesyuarat pibg & masjid. Ini sangat penting bagi memastikan tiada murid tercicir atau lewat mendaftar. Mohon kerjasama semua agar dapat menyebarluaskan maklumat ini kepada semua ibu bapa/ penjaga. Ibu bapa juga digalakkan untuk mendaftar secara online.

  

No comments:

Post a Comment