22 May 2013
14 May 2013
Cuti-cuti Malaysia....Visit Perak Part 1
Trip ke 2..melancong ke Ipoh menaiki ETS...Hari pertama, parking kereta di bangunan pejabat depan KL Sentral. O.K la satu hari dalam RM8. Kalau park di KL Sentral dalam RM60-RM80 satu hari....10% je..
Mumy beli tiket, harga dalam RM35.00 untuk dewasa x 2 x pergi & balik = RM140. Kanak-kanak bawah 12 tahun kalau dengan tempat duduk RM12. Pukul 11 baru bertolak, ada lagi 1 jam, apa lagi kita breakfast dulu di KFC...sambil tu boleh ronda-ronda kat KL Sentral ni...maklumlah tak pernah sampai sini. Agak menakjubkan...rasa macam kt Australia pun ada....hehehe...Banyak kiosk 'fastfood', bank, kedai buku dan sebagainya... Adam apa lagi seronok sakanlah dia.
Masa untuk naik ETS...sempat posing dulu..snap gambar..1st time ni..Agak selesa & luas ETS ni. banyak seat. Ada 6 coach. Kafe di coach C. kami dapat coach F. Suasana yang kondusif menyebabkan Adam teruja. Dibuat coach ni mcm taman permainan...bergayut ke sana kemari bebas berkeliaran...akhirnya jatuh, gigi terhentak lantai....dah berdarah...gigi sudah ada goyang....mumy terpaksa tenangkan Adam yang menangis...ETS mula bergerak. ada TV...Adam terlena......
laju juga ETS...Ada lebih kurang 10 perhentian sebelum sampai ke Ipoh, ada kalanya ETS boleh mencapai halaju 145 km/j.
Sampai di station keretapi ipoh, kami terus ke hotel dengan menaiki teksi & check-in di Syuen Hotel. Admin dah beberapa kali menginap di hotel ni, memang selesa, bilik luas, harga dalam RM180 sahaja 1 malam. Kedudukannya ditengah-tengah bandar ipoh berdekatan dengan Ipoh Parade & Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Selepas berehat-rehat di bilik, kami pergi shopping di Ipoh Parade. Petang melayan Adam mandi kat swimming pool....hahaha seronok betul si Adam....Malam kami pergi makan di bazar sepanjang Greentown & lepak-lepak di Dataran MBI....
Hari kedua...bangun, mandi, breakfast di cafe house...Adam kata banyaknya makanan....balik bilik, rehat-rehat dan bersiap untuk check-out. pukul 12 tengahari check-out & pergi lunch di Restoran Ikan bakar Tasik Raban. Perrghhhhh melele ai liur tengok ikan bakar...pilih saja, kira belakang citer....
Selesai lunch check in di Hotel Ritz Garden. Hotel macam kecil sikit dari Hotel Syuen tapi macam-macam ada.....
Antaranya Spa steam & sauna, pusat, Gym, karaoke, snooker table, Reflexology & Mini cinema.
Petang kita cuci mata di AEON Ipoh Station 18. Paling best Adam kat kidz park...macam-macam permainan kanak-kanak ada sini...layan jerrr......
Balik semula ke hotel layan Adam swimming....hehehe...Malam layan Cinema Indiana Jones... Makan malam order saja dengan hotel...Qualiti makanan 3 star...padan dengan harga..
Hari ke 3....lepas breakfast, check-out, gerak balik ke K.L....
13 May 2013
Mesyuarat JK Induk HEM kali ke 2
TARIKH : 10 APRIL 2013
MASA : 12.30 TGH
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
KEHADIRAN : Guru Besar, Pentadbir & JK Induk Unit HEM
Mesyuarat Induk Unit Hem telah dihadiri 90% ahli termasuk Guru Besar, PK1 & PK HEM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh PK HEM. Ucapan Aluan oleh guru besar antara lain mengingatkan JK untuk mempertingkatkan kualiti & fungsi unit masing-masing serta melaksanakan aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2013.
PK HEM membentangkan hasil dapatan Pemantauan Nazir KPM. Selain itu memahami kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) & Surat Pekeliling Kewangan (SPK) sebagai rujukan menjalankan tugas masing-masing. Penambahbaikan tatacara pengendalian mesyuarat bermula dengan notis mesyuarat & penulisan minit.
Mesyuarat diteruskan dengan laporan aktiviti unit oleh ketua unit. Perbincangan berkaitan pengendalian Fail & Folder unit serta hal-hal lain.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Diharap agar semua ketua unit dapat meneruskan tugas yang diamanahkan. Terima kasih kepada Pn Zuana (s/u HEM) & Pn Norhafizah ( n s/u HEM) membantu mengendalikan mesyuarat pada kali ini.
9 May 2013
Loceng sekolahyang rosak telah kembali berfungsi
Masalah murid lewat masuk kelas waktu pagi & selepas rehat telah dapat diatasi. Masalah ini berpunca daripada sistem loceng automatik yang rosak hampir 4 bulan disebabkan wayar pintas.
Alat pengendali loceng automatik yang rosak telah diganti dengan yang baharu. Pihak pentadbir telah memutuskan untuk loceng tersebut berdering setiap awal waktu sesi P d P bermula 7.30 pagi(sesi pagi) & 12.25 tgh (sesi petang). Tambahan loceng akan berdering pukul 7.20 pagi bagi memberi peringatan kepada murid supaya bersiap sedia untuk memulakan pembelajaran.
Ini dapat membantu guru-guru masuk ke kelas masing-masing seperti yang telah dijadualkan & dapat mengurangkan masalah disiplin dikalangan murid-murid.
Subscribe to:
Posts (Atom)