8 May 2013

Perkhidmatan Pergigian untuk murid SK Sementa





Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang telah hadir ke SK Sementa untuk memberikan perkhidmatan pergigian kepada semua murid.
Seramai 5 orang petugas termasuk seorang Staf Nurse terlibat. Pasukan ini telah memulakan khidmat mereka akhir bulan Januari hingga 12 April 2013 Perkhidmatan pergigian sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.
Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah seperti penjagaan pergigian asas termasuk pemeriksaan, pendidikan kesihatan pergigian, tampalan, cabutan, penskaleran dan profilaxis. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-sekolah tersebut akan dirujuk kepada pakar pergigian. 
Terima kasih kepada PKD, Jururawat bertugas, Pn Suzainee (JK Pengurusan Kesihatan), guru-guru & murid-murid.


No comments:

Post a Comment