TARIKH : 10 APRIL 2013
MASA : 12.30 TGH
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
KEHADIRAN : Guru Besar, Pentadbir & JK Induk Unit HEM
Mesyuarat Induk Unit Hem telah dihadiri 90% ahli termasuk Guru Besar, PK1 & PK HEM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh PK HEM. Ucapan Aluan oleh guru besar antara lain mengingatkan JK untuk mempertingkatkan kualiti & fungsi unit masing-masing serta melaksanakan aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2013.
PK HEM membentangkan hasil dapatan Pemantauan Nazir KPM. Selain itu memahami kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) & Surat Pekeliling Kewangan (SPK) sebagai rujukan menjalankan tugas masing-masing. Penambahbaikan tatacara pengendalian mesyuarat bermula dengan notis mesyuarat & penulisan minit.
Mesyuarat diteruskan dengan laporan aktiviti unit oleh ketua unit. Perbincangan berkaitan pengendalian Fail & Folder unit serta hal-hal lain.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Diharap agar semua ketua unit dapat meneruskan tugas yang diamanahkan. Terima kasih kepada Pn Zuana (s/u HEM) & Pn Norhafizah ( n s/u HEM) membantu mengendalikan mesyuarat pada kali ini.
No comments:
Post a Comment