9 May 2013

Loceng sekolahyang rosak telah kembali berfungsi


Masalah murid lewat masuk kelas waktu pagi & selepas rehat telah dapat diatasi. Masalah ini berpunca daripada sistem loceng automatik yang rosak hampir 4 bulan disebabkan wayar pintas. 
Alat pengendali loceng automatik yang rosak telah diganti dengan yang baharu. Pihak pentadbir telah memutuskan untuk loceng tersebut berdering setiap awal waktu sesi P d P bermula 7.30 pagi(sesi pagi) & 12.25 tgh (sesi petang). Tambahan loceng akan berdering pukul 7.20 pagi bagi memberi peringatan kepada murid supaya bersiap sedia untuk memulakan pembelajaran.
Ini dapat membantu guru-guru masuk ke kelas masing-masing seperti yang telah dijadualkan & dapat mengurangkan masalah disiplin dikalangan murid-murid.

No comments:

Post a Comment