8 May 2013

i-tr1m - projek tuisyen untuk murid....


Satu lagi projek kerajaan kepada murid-murid sekolah iaitu Interaktif Tuisyen Rakyat 1 Malaysia (i-tr1m). Pihak sekolah melalui PK HEM serta penyelaras ICT, En Adid & Pn Cik Wan Nor Rasyidah telah menghadiri taklimat i-tr1m untuk sekolah-sekolah di bawah PPD Klang bertempat di SMAT Hishamuddin Kg. Jawa pada 4 April 2013.
Untuk maklumat lanjut sila layari :
https://www.facebook.com/itr1m
i-tr1m merupakan satu bentuk bantuan tuisyen percuma kepada semua murid melalui penggunaan internet secara online.Tuisyen ini telah dilaksanakan sejak 2012 diseluruh malaysia melalui sekolah-sekolah terpilih. hasil daripada program ini, sekolah-sekolah terlibat telah memperolehi peningkatan pencapaian akademik. Inisiatif ini telah digerakkan oleh BAKTI, Jabatan Perdana Menteri serta Alumni Yayasan Selangor di Negeri Selangor bersama kontraktor yang bertanggungjawab.
Melihat kepada pencapaian yang memberangsangkan itu, pihak Yayasan Selangor meluaskan kemudahan ini kepada semua sekolah.
Bagi SK Sementa, semua murid tahun 6 yang terlibat dengan UPSR dimestikan menggunakan aplikasi ini bagi mempertingkatkan kemahiran menjawab soalan.
Setiap murid akan diberikan username & password bagi mengekses i-tr1m.

No comments:

Post a Comment