8 May 2013

CCTV DI SK SEMENTA?


SK Sementa telah memperoleh 4 set CCTV melalui perjanjian tender keselamtan baru yang disyaratkan oleh PPD Klang. Proses pemasangan telah siap dilaksanakan pada 3 April 2013. CCTV ini mula berfungsi pada 4 April 2013. 
Sebanyak 4 set CCTV dipasang di sekitar sekolah. tempat-tempat tersebut adalah di laluan masuk depan & belakang, laluan masuk Tadika KEMAS & di pejabat. Pemasangan CCTV adalah bertujuan untuk mengelakkan aktiviti kecurian, pencerobohan & vandelisme serta faktor keselamatan lain. Moga pemasangan CCTV memberikan manfaat kepada semua warga sekolah & mengurangkan masalah disiplin.

No comments:

Post a Comment